Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Isu Buruh Asing dari Aspek Keselamatan: Kajian Kes di Pulau Pinang
Local Community Perceptions of Foreign Labor Issues from a Security Aspect: A Case Study in Penang
Abstract
ABSTRAK
Dalam meniti arus pemodenan, perkembangan dalam pembangunan amat dititikberatkan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial, politik dan juga persekitaran. Hal ini dikatakan kerana, kepesatan ekonomi yang berlaku ini secara tidak langsung telah meningkatkan peluang pekerjaan, namun keadaan ini telah menyebabkan ramai warga asing berhijrah untuk bekerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih lumayan. Peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara Malaysia telah menyebabkan pelbagai masalah timbul dari aspek sosial khususnya aspek keselamatan. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi rakyat tempatan terhadap isu warga asing dari aspek keselamatan serta membincangkan tindakan pihak yang terlibat dalam membanteras masalah yang berpunca daripada warga asing. Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 150 orang responden yang merupakan penduduk tempatan Pulau Pinang. Hal ini dikatakan kerana, Pulau Pinang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan kajian lebih-lebih lagi apabila ia merupakan antara negeri perindustrian yang banyak menawarkan peluang pekerjaan. Bagi kajian ini, data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS). Kajian yang dijalankan ini mendapati bahawa hampir keseluruhan penduduk Pulau Pinang bersetuju bahawa kemasukan warga asing secara berlebihan akan memberi kesan yang negatif kepada keselamatan rakyat. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam membantu meminimumkan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan mengenai isu warga asing yang mengancam keselematan mereka.
Kata kunci: keselamatan, buruh asing, persepsi, penduduk tempatan, tindakan
ABSTRACT
In following the trend of modernization, developments in development are emphasized from various aspects including economic, social, political, and the environment. This is said to be because the economic boom that has taken place has indirectly increased job opportunities, but this situation has caused many foreigners to migrate to work in order to earn a more lucrative income. The increase in the number of illegal immigrants (PATI) into Malaysia has caused various problems from the social aspect, especially the security aspect. Therefore, this study was conducted to identify the local people's perception of the issue of foreigners from the security aspect as well as discuss the actions of the parties involved in combating problems caused by foreigners. To achieve the objectives of this study, the researcher has used a quantitative method by distributing questionnaires to 150 respondents who are residents of Penang. This is said because, Penang is very suitable to be used as a study area especially when it is one of the industrial states that offer many job opportunities. For this study, the data collected was analysed descriptively using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. This study found that almost the entire population of Penang agreed that the excessive influx of foreigners would have a negative impact on the people's safety. Therefore, various parties need to join hands in helping to minimize the problems faced by residents regarding the issue of foreigners who threaten their safety.
Keywords: security, foreign labour, perception, local population, action