Tahap Pengetahuan Mahasiswa Berkaitan Pilihan Raya Kampus Di Universiti Kebangsaan Malaysia
The Level Of Knowledge Of Students In Relation To Campus Elections In The National University Of Malaysia
Abstract
ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan mahasiswa berkaitan pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif dan kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Pemilihan sampel ini merangkumi semua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di kampus Bangi sahaja. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa tahap pengetahuan mahasiswa berkaitan pilihan raya kampus berada ditahap sederhana tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan mahasiswa masih kurang jelas berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 apabila seramai 149 orang responden memilih pernyataan tidak pasti tentang AUKU 1971. Perkara ini agak mengejutkan kerana keterlibatan mahasiswa pengajian tinggi dalam politik adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Antara sumber utama pengetahuan tentang pilihan raya kampus ini ialah melalui media sosial dan rapat umum yang dilakukan oleh setiap parti yang bertanding. Selain itu, antara pihak yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang pilihan raya kampus ialah Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) dan setiap parti politik yang bertanding. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pentadbiran universiti untuk memperkasakan peranan mahasiswa dalam arena politik khususnya kepimpinan supaya bakat mereka digilap menjadi pemimpin yang berkarisma suatu hari nanti.
Kata kunci : Pengetahuan, mahasiswa, AUKU 1971, politik dan politik kampus.
ABSTRACT
This study aims to measure the level of knowledge of students regarding campus elections at Universiti Kebangsaan Malaysia. The study design used is quantitative, and this study employs a simple random sampling method. The selection of this sample includes all students of Universiti Kebangsaan Malaysia who are on the Bangi campus only. Based on the research findings, the researchers found that the level of student knowledge regarding campus elections is at a moderately high level. Furthermore, the research findings also show that most students are still unclear about the Universities and University Colleges Act 1971 when 149 respondents chose the "uncertain" statement about AUKU 1971. This is quite surprising because the involvement of higher education students in politics is subject to the Universities and University Colleges Act 1971 (AUKU). Among the main sources of knowledge about this campus election are through social media and general meetings held by each contesting party. In addition, among the parties that play an important role in disseminating information about campus elections are the Student Representative Council Election Committee (JPMPP) and each political party contesting. The findings of this study are expected to assist the university administration in empowering the role of students in the political arena, especially leadership, so that their talents can be honed to become charismatic leaders one day.
Keywords: Knowledge, students, AUKU 1971, politics and campus politics.