Spektrum Imbuhan Se- dalam Bahasa Melayu Klasik dan Moden: Analisis Morfologi Diakronik
The Spectrum of Prefix Se- in Classical and Modern Malay Language: Diachronic Morphological Analysis
Abstract
ABSTRAK
Bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai salah satu bahasa aglutinatif yang bersifat derivatif dan sememangnya kaya dengan keanekaragaman pengimbuhan dalam pembentukan katanya. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan cerapan khusus terhadap perilaku morfologi (makna, fungsi dan taburan) imbuhan se- dalam bahasa Melayu klasik (BMK) dan bahasa Melayu moden (BMM) berteraskan kerangka kajian morfologi generatif. Objektif kajian ini adalah untuk: (i)menganalisis data daripada manuskrip BMK dan BMM bagi mencerap perilaku morfologi imbuhan se- dalam bahasa Melayu melalui pengintegrasian kedua-dua aliran nahu BMK dan BMM; serta (ii)mengenal pasti perilaku morfologi bagi imbuhan se- yang mengalami retensi dan inovasi dalam konteks perkembangan maknanya dalam BMM dengan lebih empiris dan peka konteks. Kajian berorientasikan pendekatan diakronik ini memanfaatkan reka bentuk kajian kualitatif melalui kaedah analisis kandungan, kajian kepustakaan dan data korpus DBP-UKM. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perilaku morfologi imbuhan se- dalam BMK dan BMM mempunyai dua spektrum fungsi, iaitu sebagai penetap dan pengubah golongan; enam spektrum taburan berdasarkan RPK dan 17 spektrum makna yang memancarkan nuansanya yang tersendiri. Seterusnya, kajian ini juga memperlihatkan majoriti fungsi, makna dan taburan imbuhan se- dalam BMM ini mengalami gejala retensi, namun terdapat beberapa kes khas imbuhan se- yang dilabelkan sebagai inovasi berbentuk pengambilalihan dan penyempitan makna asalnya dalam BMK.
Kata Kunci: Morfologi Generatif, Kajian Diakronik, Perilaku Morfologi, Retensi, Inovasi
ABSTRACT
Malay language is classified as one of the agglutinative languages that are derivative and rich in the heterogeneity of affixes in the formation of words. Hence, this paper focuses on the morphological behavior (meaning, function and distribution) of prefix se- in classical Malay language (CML) and modern Malay language (MML) based on the framework of generative morphological theory. This study aims to analyze data from CML and MML manuscripts to observe the diversity of functions, meanings, and distribution of prefix se- in the Malay language through the integration of both CML and MML grammarian streams; and identifying the morphological behavior of the prefix se- which experiences retention and innovation in the context of the development of its meaning in MML with more empirical and context sensitivity. This diachronic-oriented study utilizes a qualitative research design through content analysis methods, library research and DBP-UKM corpus data. As a result, this study shows the morphological behavior of prefix se- within CML and MML has two function spectrums (as a setter and modifier of word class); six distribution spectrums based on WFR and 17 meaning spectrums that emit their own nuances. Next, this study shows that most of the function, meaning and distribution of prefix se- within MML experience retention, but there are some special features of prefix se- labeled as innovations in the form of substitution and narrowing of its original meaning in CML.
Keywords: Generative Morphology, Diachronic Study, Morphological Behavior, Retention, Innovation