Pengukuhan Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu Era Sultan Zainal Abidin III (1910-1918)
Strengthening Terengganu State Government Administration Era Sultan Zainal Abidin III (1910-1918)
Abstract
ABSTRAKArtikel ini menganalisis pengukuhan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu semasa era pentadbiran Sultan Zainal Abidin III iaitu antara pada tahun 1910 hingga tahun 1918. Tumpuan diberikan kepada peranan Sultan Zainal Abidin III berhadapan dengan Agen Penasihat British di Terengganu pada tahun 1910. Sumbangan utama baginda ialah dengan menggubal ‘Itqanul al-Muluk Bitiadil al-Suluk’ pada tahun 1911. Penggubalan undang-undang ini bertujuan mengekang campur tangan Agen Penasihat British di Terengganu dan mengukuhkan bidang kuasa sultan sebagai pemerintah tertinggi dalam kerajaan negeri. Kajian ini mengisi lompang pensejarahan yang lebih menumpukan kajian terhadap ‘Itqanul al-Muluk Bitiadil al-Suluk’ tanpa menghubungkaitkannya dengan matlamat mengekang campur tangan Agen Penasihat British di Terengganu. Justeru, analisis kajian ini digalurkan sejak kewujudan struktur pentadbiran kerajaan negeri sebelum kedatangan British, hinggalah tahun 1918. Kaedah kajian sejarah digunakan untuk merungkai bidang kuasa sultan, isu-isu pentadbiran dan kedudukan Agen Penasihat British dengan melakukan analisis kandungan terhadap sumber primer seperti, Fail Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Fail Pejabat Kolonial dan Fail Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil kajian mendapati, tahun 1910 sehingga tahun 1918, adalah satu fasa di mana kuasa dan peranan Agen Penasihat British di Terengganu adalah terbatas. Hal ini demikian kerana, wujudnya undang-undang bertulis yang menjamin bidang kuasa sultan dan kewujudan struktur pentadbiran kerajaan yang sedia ada.
Kata Kunci: Terengganu, Agen Penasihat, Terbatas, Pengukuhan, Pentadbiran
ABSTRACTThis article analyzes the strengthening of the administration of the Terengganu State Government during the era of Sultan Zainal Abidin III's administration which is between 1910 to 1918. The focus is on the role of Sultan Zainal Abidin III in dealing with the British Advisory Agent in Terengganu in 1910. His main contribution was to enact 'Itqanul al-Muluk Bitiadil al-Suluk' in 1911. The enactment of this law aims to curb the interference of the British Advisory Agent in Terengganu and strengthen the authority of the sultan as the supreme ruler in the state government. This study fills a gap in history that focuses more on 'Itqanul al-Muluk Bitiadil al-Suluk' without linking it to the goal of curbing the intervention of the British Advisory Agent in Terengganu. Therefore, the analysis of this study was carried out since the existence of the administrative structure of the state government before the arrival of the British, until the year 1918. Historical research methods were used to unravel the jurisdiction of the sultan, administrative issues and the position of the British Advisory Agent by conducting a content analysis of primary sources such as, Office Files Terengganu State Government Secretary, Colonial Office File and British High Commissioner's Office File. The results of the study found that the years 1910 to 1918 were a phase where the power and role of the British Advisory Agent in Terengganu was limited. This is so because, there is a written law that guarantees the jurisdiction of the sultan and the existence of the existing administrative structure of the government.
Keywords: Terengganu, Advisory Agent, Limited, Strengthening, Administration