Dinamika Politik Pilihan Raya Di Kawasan DUN Paroi, Rembau, Negeri Sembilan

Dynamics of Political Electoral in the State Legislative Assembly Area of Paroi, Rembau, Negeri Sembilan

  • Siti Sarah Syazwani Mizul
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: fahaman politik, parti politik, dinamika politik, perpaduan, pilihan politik

Abstract

ABSTRAK

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 telah menyaksikan buat pertama kalinya parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan yang merupakan kubu kuat bagi parti politik tersebut. Kemenangan yang diperoleh PH inimenunjukkan berlakunya dinamika politik yang menarik dan bervariasi yang bersandarkan kepada pengaruh isu, sentimen semasa, kepimpinan, dan strategi kempen. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis kepelbagaian faktor yang menyumbang kepada dinamika politik di kawasan DUN Paroi, Rembau, Negeri Sembilan yang dilihat sering berlakunya pola perubahan sokongan di kawasan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisisdata digunakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 96 peratus responden menganggap perubahan politik mencerminkan keperluan atau aspirasi rakyat. Seterusnya, 85 peratus responden menganggap Kerajaan Perpaduan sekarang betul-betul berkhidmat untuk rakyat dan bukannya masih berpolitik untuk mengekalkan kuasa semata-mata dan 85 peratus responden menerima pembentukan KerajaanPerpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seterusnya, 90 peratus responden menyatakanfahaman politik kepartian memberi kesan kepada pilihan politik di kawasan kajian. Hasil kajian jugamendapati bahawa kesemua 50 peratus responden merasakan pemilihan parti politik memberi kesankepada pembentukan kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin. 

Kata kunci: fahaman politik, parti politik, dinamika politik, perpaduan, pilihan politik

 

ABSTRACT 

The results of the 2018 General Election (GE) have seen for the first time the opposition party, Pakatan Harapan (PH) succeed in defeating Barisan Nasional (BN) in Negeri Sembilan which is a stronghold for the political party. The victory obtained by PH shows the occurrence of interesting and varied political dynamics based on the influence of issues, current sentiments, leadership, and campaign strategies. Therefore, the purpose ofwriting this article is to analyze the diversity of factorsthat contribute to political dynamics in the State Legislative Assembly area of Paroi, Rembau, NegeriSembilan which is seen to often occur in the pattern of support changes in the area. This study usesfield data collection methods that involve questionnaires, interviews and observation in the field. Data analysis techniques were used using the software of Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18.0. The results of the study found that 96 percent of respondents considered political change to reflect the needs or aspirations of the people. Next, 85 percent of respondents consider the current Unity Government to really serve the people instead of still playing politics to maintain their power alone and 85 percent of respondents accept the formation of the Unity Government led by Datuk Seri Anwar Ibrahim. Next, 90 percent of the respondents stated that partypolitics had an impact on political choices in the study area. The results of the study also found thatall 50 percent respondents felt that the election of political parties had an impact on the formation ofthe government. In conclusion, this study is important because it can add knowledge, add data relatedto the study of election politics and is expected to be a reference for political parties and the government so that they can examine the issues and problems that occur in order to be more sensitivein meeting the needs of the community as best as possible.

Keywords: political understanding, political parties, political dynamics, unity, political choice

 

Published
2024-06-27
How to Cite
Mizul, S. S. S., & Awang Besar, J. (2024, June 27). Dinamika Politik Pilihan Raya Di Kawasan DUN Paroi, Rembau, Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 8(3), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/596