Dasar Ekonomi Madani dan Kreativiti dalam Novel Neon

The Madani’s Economic Policy and Creativity in Neon

  • Nur Asyiqin Ibrahim
  • Mawar Safei
Keywords: ekonomi, kerangka ekonomi Madani, kesusasteraan Melayu, novel Neon, novelis Imaen

Abstract

ABSTRAK 

Kesusasteraan rata-rata menjadi wadah penyampaian ilmu kepada khalayak, termasuk pernyataan tentang ekonomi. Pengarang Imaen memanfaatkan novel Neon (2018) sebagai alat untuk mengapresiasi ilmu ekonomi yang secara tidak langsung merupakan idiosinkrasi pengarang. Latar belakang pengarang sebagai graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya dan seorang pengusaha Jemari Seni Publication, menguatkan hujahan ekonomi yang dibangunkan. Fokus penceritaan ini memberatkan kelangsungan hidup watak Neo yang dilanda masalah kewangan kesan kesenjangan ekonomi negara. Kajian ini tertumpu kepada gambaran sosioekonomi dalam Neon berdasarkan rukun Madani dan menghurai cabaran ekonomi Madani dalam Neon. Kajian kepustakaan diaplikasi untuk memperoleh bahan dan data. Hasil perbincangan tertumpu pada tema, watak, latar dan laras bahasa ekonomi. Kerangka ekonomi Madani yang terdiri daripada enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan dihubung kait dengan peranan watak dalam sosioekonomi. Kerumitan, percanggahan dan kekacauan merupakan halangan dalam kerangka Madani yang menjadi teras interpretasi cabaran ekonomi yang dihadapi watak dalam novel. Kekreatifan Imaen menyadur ekonomi dalam sastera menyumbang idea tinjauan ini. Penulisan ini menfokuskan pengamatan terhadap kreativiti dan strategi naratif Neon dengan melihat peranan dan reaksi watak-watak dalam sebuah ekonomi berdasarkan penyesuaian kerangka dasar ekonomi Madani.

Kata kunci: ekonomi, kerangka ekonomi Madani, kesusasteraan Melayu, novel Neon, novelis Imaen

 

ABSTRACT

Literature was using for delivering knowledge to the reader continuously, include economic. Imaen as an author of Neon (2018), highlighting an economic knowledge as his idiosyncratic. His background as a graduate student of Bachelor of Economics at University of Malaya and entrepreneur for Jemari Seni Publication was strengthened his argument of economic. The novel focused on Neo’s character that facing unstable financial influence by bad economic environments. This research were focused on the socioeconomic in Neon based on the pillars of Madani and describe the challenges of the civil economy in Neon . Literature review applied to obtain materials and data. The discussion focused on theme, character, setting and economic language style. Six pillars of Madani’s economic framework were namely sustainability, well- being, invention, respect, confidence and courtesy were applied to see relationship between social and economic in this novel character. The complexity, contradictions and chaos that include in Madani's framework are the core of economic challenges interpretation. The writing focuses on creativity and narrative strategy of Neon with the adaptation of Madani's economic policy framework. Creativity of Imaen combine economic in literature was contribute to this review. The mix of literature and economics in this novel is a creative attraction by looking at the roles and reactions of the characters in an economy.

Keywords: economic, Madani’s economic framework, Malay literature, Neon novel, Imaen novelist

 

Published
2024-06-27
How to Cite
Ibrahim, N. A., & Safei, M. (2024, June 27). Dasar Ekonomi Madani dan Kreativiti dalam Novel Neon. Jurnal Wacana Sarjana, 8(3), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/597