Kreativiti dan Realiti Sains dalam Novel 2099: Ilusi Utopia Karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Creativity and the Reality of Science in 2099: Ilusi Utopia Novel Written By Sri Rahayu Mohd Yusop

  • Nur Natasha
  • Che Abdullah Che Ya
Keywords: fiksyen sains, kepengarangan, unsur-unsur sains, kualitatif, Teori Resepsi Sastera

Abstract

ABSTRAK

 

Karya fiksyen sains merupakan suatu genre yang memanifestasikan penerangan ilmu-ilmu dalam cabang sains yang digarap dan diolah secara kreatif dalam bentuk karya sastera. Pengarang karya sastera bergenre fiksyen sains lazimnya mengangkat isu-isu tertentu dalam bidang sains yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kajian ini menganalisis novel 2099: Ilusi Utopia yang diterbitkan oleh The Patriots Publishing. Novel yang terbit pada tahun 2022 ini menceritakan tentang keadaan hidup manusia sesudah dilanda banjir besar berjuang untuk hidup di atas tanah dalam kawasan industri dan tanah tinggi. Kajian yang dilakukan ini juga mempunyai tiga objektif, iaitu melihat kepengarangan genre fiksyen sains Melayu, mengenal pasti unsur-unsur sains, dan menganalisis sejauh manakah unsur sains ini boleh dipertanggungjawabkan sebagai fakta ilmiah. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif, yang meliputi kajian kepustakaan dan analisis teks. Untuk tujuan itu, kajian ini menerapkan Teori Resepsi Sastera. Hasil kajian mendapati pengarang novel 2099: Ilusi Utopia mengetengahkan kritikan terhadap isu-isu tertentu dan dampak buruk ilmu sains sekiranya secara praktikal ianya disalahgunakan. Pengarang telah menggunakan karya ini sebagai medium yang menghubungkan realiti kehidupan masa kini dan gambaran hadapan daripada pelbagai sudut kehidupan manusia.

Kata kunci: fiksyen sains, kepengarangan, unsur-unsur sains, kualitatif, Teori Resepsi Sastera.

 

ABSTRACT

The science fiction genre is a genre that manifests the explanation of sciences creatively crafted and processed in literary works. Authors of science fiction literature typically address certain issues in the field of science that deserve attention from the general public. This study analyzes the novel "2099: Illusion of Utopia" published by The Patriots Publishing. Released in 2022, the novel depicts the human condition after a major flood, struggling to survive on land within industrial areas and highlands. This study also has three objectives: to examine the creation of the Malay science fiction genre, to identify scientific elements, and to analyze to what extent these scientific elements can be justified as scientific facts. The research methodology employs qualitative methods, including literature review and text analysis, utilizing Literary Reception Theory. The study found that the author of the novel "2099: Illusion of Utopia" critiques certain issues and the adverse effects of science if it is misused in practical terms. The author has used this work as a medium to connect the reality of contemporary life with future scenarios from various aspects of human life.

Keywords: science fiction, writings, science elements, qualitative, Literary Reception Theory

Published
2024-06-27
How to Cite
Natasha, N., & Che Ya, C. A. (2024, June 27). Kreativiti dan Realiti Sains dalam Novel 2099: Ilusi Utopia Karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Jurnal Wacana Sarjana, 8(3), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/598