Makanan Tradisional Masyarakat Melayu Kelantan Dan Peranakan Siam Kelantan
Traditional Food of Kelantan Malay and Siamese Peranakan Kelantan People
Abstract
ABSTRAKArtikel ini mengenai makanan tradisional masyarakat Melayu Kelantan dan peranakan Siam Kelantan. Kajian ini bersifat perbandingan antara makanan tradisional kedua-dua masyarakat ini. Makanan tradisional merujuk kepada makanan diperbuatkan yang berasaskan bahan seperti beras. Permasalahan kajian memperlihatkan penggunaan bahan beras dalam sebagai bahan utama menghasilkan makanan tradisional. Objektif kajian ini mengenai bahan beras yang menjadi bahan utama dalam menghasilkan laksa dan laksam. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif yang berasaskan etnografi. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pemerhatian dan kaedah kepustakaan. Kaedah pemerhatian dipilih sesuai untuk memerhati dalam pemilihan bahan beras untuk menghasilkan laksa dan laksam. Kaedah kepustakaan sebagai menyokong kepada penggunaan data sekunder dalam kajian ini. Kajian ini telah memilih teknik analisis tematik apabila didapati sesuai untuk menyaring dan memisahkan data mentah kajian mengikut keperluan objektif kajian. Hasil dapatan kajian telah menemukan bahawa, makanan tradisional masyarakat Melayu Kelantan dan Peranakan Siam Kelantan mempunyai penggunaan beras sebagai bahan utama dalam perbuatan laksa dan laksam. Justeru kajian ini diharap dapat memberi pengetahuan yang baharu kepada generasi muda dan amnya peminat laksa dan laksam.
Kata kunci: Beras; Laksam; Laksa; Melayu Kelantan; Peranakan Siam Kelantan
ABSTRACT
This article is about the traditional food of the Kelantanese Malay community and the Kelantanese Siamese peranakan. The study is comparative between the traditional foods of these two societies. Traditional food refers to made-upfoodsthatarebased on ingredients such as rice. The problem of research shows the use of deep rice ingredients as the main ingredient for traditional food. The objective of this study is on rice material which is the main ingredient in producing laksa and laksam. The study methodology uses a qualitative, ethnographic- based approach. This study applies observation methods and library methods. The observation method is chosen suitable for observing in the selection of rice materials to produce laksa and laksam. The library method in support of the use of secondary data in this study. This study selected thematic analysis techniques when found suitable for screening and separating the raw data of the studies according to the objective requirements of the study. The findings of the study have found that, the traditional food of the Kelantanese Malay community and the Kelantan Siamese Peranakan has the use of rice as the main ingredient in laksa and laksam. Hence, this study is hoped to provide new knowledge to the younger generation and generally laksa and laksam fans.
Keywords: Rice; Laksam; Laksa; Kelantanese Malay; Kelantan Siamese Peranakan