Analisis Wacana Kritis Dalam Poster Sumbangan Tabung Palestin

Critical Discourse Analysis In Palestine Donation Posters

  • Wan Nurfatin Nabila Wan Mohd Rusdi
  • Suziana Mat Saad
Keywords: Analisis wacana kritis, poster, Palestin, Semiotik, dimensi amalan sosial

Abstract

ABSTRAK 

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat dan negara iaitu sebagai alat komunikasi. Bahasa juga berperanan sebagai medium untuk menyampaikan sesebuah maklumat dan merupakan suatu lontaran idea. Selari dengan isu yang berlaku, kepentingan bahasa telah menjadi alat bagi penghasilan poster sumbangan tabung Palestin yang bertujuan mendorong masyarakat untuk menderma. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri linguistik (nahu dan leksikal) dan bukan linguistik (semiotik) wacana yang terdapat dalam poster sumbangan tabung Palestin berdasarkan dimensi amalan sosial oleh Fairclough, menganalisis sifat kewacanaan dalam poster sumbangan Palestin dan menghuraikan unsur yang tersirat dalam wacana poster sumbangan tabung Palestin berasaskan intertekstual, semiotik dan keinterdiskursiviti poster tersebut. Kajian ini memanfaatkan pendekatan analisis wacana kritis yang diperkenalkan oleh Fairclough (1992) dan diubahsuai oleh Idris (2010). Analisis kajian adalah berdasarkan kepada gabungan ciri teks, sifat kewacanaan dan semiotik dalam 11 data poster sumbangan tabung Palestin yang diambil menerusi data dari laman web. Dapatan awal kajian memperlihatkan bahawa poster sumbangan tabung Palestin banyak menggunakan ilustrasi yang menonjol melalui ciri tekstual dan amalan wacana dalam teks yang dikaji bagi menggambarkan situasi semasa yang berlaku di sana. Dapat disimpulkan bahawa selain memberikan kesedaran terhadap masyarakat tentang konflik yang berlaku, ini juga dapat mendorong ramai lagi untuk terus menghulurkan bantuan terhadap negara Palestin. 

Kata kunci: Analisis wacana kritis, poster, Palestin, semiotik, dimensi amalan sosial.

 

ABSTRACT 

The language plays an important role in the life of society and the state as a means of communication. Language also acts as a medium to convey information and produce ideas. In line with current issues, language has become a tool for the production of donations posters to Palestine aimed at encouraging people to donate. Therefore, this study was conducted to identify the linguistic features (grammar and lexis) and non-linguistic features (semiotics) of discourse found in posters based on the social practice dimension by Fairclough, analyzing the discursive nature in Palestinian donation posters and elucidating the implied elements in the discourse of posters based on intertextuality, semiotics, and interdiscursivity of those posters. This study utilizes the critical discourse analysis approach introduced by Fairclough (1992) and modified by Idris (2010). The analysis of the study is based on a combination of textual features, discursive nature, and semiotics in 11 data of Palestinian donation posters taken from websites data. The initial findings of the study show that Palestinian donation posters often use prominent illustrations through textual features and discursive practices in the examined texts to depict the current situation there. It can be concluded that besides raising awareness among the public about the ongoing conflict, this also can encourage more people to keep donate to the Palestinian state.

Keywords: Critical discourse analysis, posters, Palestine, semiotics, social practice dimension.

Published
2024-09-25
How to Cite
Wan Mohd Rusdi, W. N. N., & Mat Saad, S. (2024, September 25). Analisis Wacana Kritis Dalam Poster Sumbangan Tabung Palestin. Jurnal Wacana Sarjana, 8(4), 1-20. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/601