Hubungan Antara Keterlibatan Muzik K-Pop, Strategi Daya Tindak Dan Kesejahteraan Psikologikal Dalam Kalangan Peminat

Relationship Between K-Pop Music Engagement, Coping Strategies and Psychological Well-Being Among Fans

  • Nurul Azrina Abdul Halim
  • Daniella Mokhtar
Keywords: keterlibatan muzik, kesejahteraan psikologikal, peminat K-pop

Abstract

ABSTRAK

Muzik sering terlibat dalam aktiviti seharian dan kajian mendapati ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh. Strategi daya tindak sebagai tindak balas terhadap tekanan juga didapati membantu meningkatkan kesejahteraan psikologikal namun kajian dalam kalangan peminat muzik K-pop adalah terhad. Kajian ini mengkaji hubungan antara keterlibatan muzik K-pop, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat genre itu. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik Keterlibatan Muzik (MUSEQ), Brief COPE dan Skala Kesejahteraan Psikologikal (PWB-18) dan diedarkan melalui Google Form di media sosial bertumpukan peminat K- pop. Data yang didapati dianalisis menggunakan SPSS secara deskriptif, ujian T, ANOVA dan korelasi Pearson. Analisis kajian yang dijalankan ke atas 422 responden mendapati hipotesis awal kajian ditolak di mana tiada hubungan signifikan antara keterlibatan muzik dan strategi daya tindak dengan kesejahteraan psikologikal. Ini menunjukkan terdapat faktor lain yang mempengaruhi kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat K-pop. Kajian masa depan boleh meneroka pembolehubah tambahan untuk mendapatkan pemahaman menyeluruh tentang faktor-faktor yang membentuk kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat K-pop.

Kata kunci: keterlibatan muzik, kesejahteraan psikologikal, peminat K-pop

 

ABSTRACT

Music is often involved in everyday activities and studies have found it can benefit overall health and well-being. Coping strategies in response to stress have also been found to help improve psychological well-being, but research among K-pop music fans is limited. This study examines the relationship between K-pop music engagement, coping strategies and psychological well-being among fans of the genre. This quantitative study uses the Music Engagement Questionnaire (MUSEQ), Brief COPE and Psychological Well-Being Scale (PWB-18) and is distributed via Google Form on social media focused on K-pop fans. The data obtained was analyzed using SPSS descriptively, t-test, ANOVA and Pearson's correlation. The analysis of the study conducted on 422 respondents found that the initial hypothesis of the study was rejected where there was no significant relationship between musical involvement and coping strategies with psychological well-being. This shows that there are other factors that affect psychological well-being among K-pop fans. Future studies could explore additional variables to gain a comprehensive understanding of the factors that shape psychological well-being among K-pop fans.

Keywords: music engagement, psychological well-being, K-pop fans

Published
2024-09-25
How to Cite
Abdul Halim, N. A., & Mokhtar, D. (2024, September 25). Hubungan Antara Keterlibatan Muzik K-Pop, Strategi Daya Tindak Dan Kesejahteraan Psikologikal Dalam Kalangan Peminat. Jurnal Wacana Sarjana, 8(4), 1-19. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/604