Meneroka Faktor Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia

Exploring Job Satisfaction Among University Lecturers The National University Of Malaysia

  • Siti Nur Salsabila Royhan Abdullah
  • Khadijah Alavi
Keywords: kebahagiaan, pensyarah, strategi daya tindak, FSSK

Abstract

 

ABSTRAK

Kepuasan bekerja memastikan kualiti sesuatu perkhidmatan dalam kalangan profesion ahli akademik. Skop tugas berfokuskan kepada pembelajaran, penerbitan, pengajaran, memberi khidmat kepada masyarakat dan juga perunding. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka cabaran kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan, mengkaji strategi daya tindak dan juga cadangan program intervensi. Cabaran kepada pensyarah dalam meletakkan KPI sebagai tanggungjawab yang utama berbanding pengajaran dan pembelajaran. Tahap penerimaan KPI pensyarah juga berada pada tahap sederhana. Aspek kemudahan pula masih lagi tidak mencapai tahap yang tinggi. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur secara bertulis dan menggunakan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian ini dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi Selangor. Strategi daya tindak yang bersesuaian boleh digunakan bagi mengurangkan beban kerja, dalam kalangan pensyarah. Cadangan program intervensi dilakukan bagi melihat program dan aktiviti yang boleh dilakukan yang dapat memberikan kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah di tempat kerja. Beberapa cadangan perlu diambil kira iaitu ke pada peringkat awal sesi conference tanpa membuat perbentangan malahan melihat dan mencari jaringan sosial dan juga memperbanyakan lagi program yang berbentuk kemasyarakatan yang boleh memberi kepuasan bekerja dan memberi kebahagian kepada pensyarah.

 

Kata kunci: Kebahagiaan, pensyarah, strategi daya tindak, FSSK

 

ABSTRACT

Job satisfaction ensures the quality of a service in the circle academic profession. The scope of work focuses on learning, publishing, teaching, serving the community and also a consultant. This research aims to explore job satisfaction among lecturers. The main purpose this study is to explore the challenges of job satisfaction among lecturers men and women, study coping strategies and also program recommendations intervention. Challenges for lecturers in placing KPI as a responsibility the main one compared to teaching and learning. The level of acceptance of the lecturer's KPI is also at a moderate level. The convenience aspect is still not reached high level. This study was conducted using a qualitative method which is interviews semi-structured in writing and using a phenomenological approach. Location this study was conducted at the Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK), UKM Bangi Selangor. Appropriate coping strategies can be used to reduce workload, among lecturers. Intervention program recommendations are made for see programs and activities that can be done that can give satisfaction working among lecturers at work. Some recommendations should be taken into account that is, to the early stage of the conference session without even making a presentation see and search social networks and also increase the number of programs in the form of society that can give satisfaction to work and give happiness to the lecturer.

Keywords: happiness, lecturer, coping strategies, FSSK

 

Published
2024-09-25
How to Cite
Abdullah, S. N. S. R., & Alavi, K. (2024, September 25). Meneroka Faktor Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 8(4), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/605