Impak Pengaruh Media Sosial Terhadap Amalan Pengambilan Makanan dalam Kalangan Belia
The Impact of Social Media Influence on Food Consumption Practices Among Youth
Abstract
ABSTRAK
Media sosial hari ini bukan sesuatu yang asing dan telah menjadi sumber maklumat utama bagi hampir semua masyarakat di dunia. Pendedahan pelbagai perkara mudah didapati dengan cepat dan pantas begitu juga dengan sesetengah perkara atau isu viral yang sering menjadi tumpuan warganet. Begitu juga dengan makanan viral yang sering mendapat tontonan yang tinggi di platform media sosial sehingga mempengaruhi pengguna media sosial untuk mencuba makanan viral tersebut tanpa mengira kandungan makanan tersebut sihat atau sebaliknya. Masalah ini sering berlaku dari kalangan belia memandangkan majoriti pengguna tertinggi media sosial terdiri dari belia. Maka, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan amalan pemakanan yang sihat terhadap belia dan mengkaji impak media sosial terhadap amalan pengambilan makanan belia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen kajian kepada 150 orang belia di daerah Kluang, Johor. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan bagi kajian ini mendapati bahawa pengaruh media sosial memberi impak kepada amalan pengambilan makanan belia dari aspek sosiobudaya, kesihatan dan kewangan. Oleh itu, belia haruslah meningkatkan kesedaran terhadap amalan pengambilan makanan dan mengawal diri daripada terpengaruh dengan perkara yang boleh mendorong ke arah impak yang negatif kepada diri.
Kata kunci: Media sosial, pemakanan, amalan, tabiat, belia
ABSTRACTSocial media today is not something foreign and has become the main source of information for almost all societies in the world. Disclosure of various things is easy to find quickly and quickly as well as some things or viral issues that are often the focus of netizens. The same goes for viral foods that often get high views on social media platforms, thus influencing social media users to try the viral foods regardless of whether the food content is healthy or otherwise. This problem often occurs among the youth since the majority of the highest users of social media are youth. Therefore, this study needs to be conducted to identify the level of knowledge of healthy eating practices for youth and to examine the impact of social media on youth food consumption practices. This study uses a quantitative method by distributing a questionnaire as a research instrument to 150 youth in Kluang district, Johor. Data was analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. The findings of this study found that the influence of social media has an impact on youth food consumption practices from socio-cultural, health and financial aspects. Therefore, youth should increase awareness of food consumption practices and control themselves from being influenced by things that can lead to a negative impact on themselves.
Keywords: Social media, nutrition, practices, habits, youth