Zoologi Kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: Pentadbiran dan Pemeliharaan Hidupan Liar, 1911 – 1941

Colonial Zoology in the Federated Malay States: Wildlife Administration and Conservation 1911-1941

  • Muhammad Firdaus Fadzizi
  • Mohd Shazwan Mokhtar
Keywords: hobi memburu, enakmen, Pentadbiran Perlindungan Haiwan

Abstract

ABSTRAK

Artikel ini meneroka bidang sejarah alam sekitar di Malaysia ketika era kolonial yang sering terbatas dalam wacana politik dan sosial. Pengenalan undang-undang pertama berkaitan perlindungan haiwa pada tahun 1911 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) oleh British menunjukkan wujudnya kepentingan zoologi dalam pentadbiran kolonial. Pada peringkat NNMB, undang-undang tersebut digunakan untuk mengawal aktiviti pemburuan haiwan oleh pemburu Eropah. Walau bagaimanapun, tiada kajian jelas yang menghubung kait kepentingan wujudnya pentadbiran kolonial berkaitan zoologi dengan aktiviti pemburuan di haiwan NNMB. Oleh itu, kajian ini meneliti pembentukan undang-undang berkaitan zoologi kolonial dan pengaruhnya terhadap aktiviti pemburuan haiwan. Penelitian ini dapat membuktikan kepentingan pengetahuan zoologi di NNMB terhadap kolonialisme British di Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dalam membina pengetahuan zoologi era kolonial di NNMB.  Justeru, rekod CO 576, 717, Sel. Sect. dan HCO digunakan bagi membuktikan pembentukan undang-undang dan pentadbiran zoologi kolonial. Hasil kajian mendapati perlindungan haiwan liar dikawal melalui Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1911, Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1921 dan ‘Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1925’. Kepentingan pentadbiran perlindungan haiwan liar di NNMB adalah untuk mengawal aktiviti pemburuan Eropah seperti ‘Big Game’, ‘Rare Birds’, ‘Deer’ dan anggota haiwan dijadikan hadiah kepada orang kenamaan Eropah.

Kata Kunci: Hobi Memburu, Enakmen, Pentadbiran Perlindungan Haiwan

 

ABSTRACT

This article explores the field of environmental history in Malaysia during the colonial era which was often limited in political and social discourse. The introduction of the first law related to the protection of animals in 1911 in the Federated Malay States (NNMB) by the British shows the importance of zoology in the colonial administration. At the NNMB level, the law is used to control animal hunting activities by European hunters. However, there is no clear study that links the importance of colonial administration related to zoology with hunting activities in NNMB animals. Therefore, this study examines the formation of laws related to colonial zoology and its influence on animal hunting activities. This research can prove the importance of zoological knowledge at NNMB against British colonialism in Malaya. This study uses historical research methods in building zoological knowledge of the colonial era in NNMB. Thus, records CO 576, 717, Sel. Sect. and HCO used to prove the formation of colonial zoological law and administration. The results of the study found that the protection of wild animals is controlled through the Enactment for the Protection of Wild Animals and Birds 1911, the Enactment for the Protection of Wild Animals and Birds 1921 and the 'Enactment for the Protection of Wild Animals and Birds 1925'. The importance of the wild animal protection administration in NNMB is to control European hunting activities such as 'Big Game', 'Rare Birds', 'Deer' and animal parts are given as gifts to European dignitaries.

Keywords: Hobby Hunting, Enactment, Animal Protection Administration

Published
2024-09-25
How to Cite
Fadzizi, M. F., & Mokhtar, M. S. (2024, September 25). Zoologi Kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: Pentadbiran dan Pemeliharaan Hidupan Liar, 1911 – 1941. Jurnal Wacana Sarjana, 8(4), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/608