Unsur Realisme Menurut Kemodenan Kesusasteraan Munshi Abdullah Dalam Syair Muhammad Salleh

Elements Of Realism According To Munshi Abdullah’S Modernity In Literature As Perceived In Syair Muhammad Salleh

  • Siti Nur Suhaili
  • Rahimah Hamdan
Keywords: syair, Syair Muhammad Salleh, Kemodenan Kesusasteraan Munshi Abdullah, logik

Abstract

ABSTRAK

Kedatangan sarjana Barat ke Alam Melayu menyebabkan kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua periodisasi iaitu tradisional dan moden. Nama Munshi Abdullah diperkenalkan dalam korpus kesusasteraan Melayu sehingga membawa kepada penobatan beliau sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Pengiktirafan tersebut disebabkan oleh penerapan unsur Realisme dalam karya yang membezakan beliau dengan pengarang Melayu terdahulu. Walau bagaimanapun, unsur ‘Realisme’ menurut acuan Barat ini menolak syair yang mendapat tempat dalam kalangan para pengarang Melayu pada ketika itu. Tambah ironi apabila Munshi Abdullah turut menerapkan unsur Realisme ini dalam syair-syair beliau. Berteraskan kontradik ini, kajian mengetengahkan satu syair yang berfokuskan kepada realiti atau ‘berpijak di bumi nyata’ iaitu Syair Muhammad Salleh yang dikarang pada abad ke-19. Terdapat dua objektif kajian yang diselesaikan iaitu mengenal pasti unsur-unsur Realisme menurut kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah dan menganalisis unsur-unsur Realisme tersebut dalam Syair Muhammad Salleh. Metodologi kajian secara analisis teks terhadap Syair Muhammad Salleh menggunakan konsep Realisme menurut kerangka kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah oleh Rahimah Hamdan (2023). Kerangka ini memberi penekanan kepada logik dan penolakan kepada tahyul dan khurafat. Dapatan kajian mendapati syair ini menepati ciri-ciri kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah. Natijahnya, kajian ini dapat mengangkat bentuk puisi (syair) sebagai wahana kemodenan dalam kesusasteraan Melayu dan tidak diketepikan tanpa pengadilan sewajarnya.

Kata kunci: syair, Syair Muhammad Salleh, Kemodenan Kesusasteraan Munshi Abdullah, logik

 

ABSTRACT

The arrival of Western scholars in the Malay Archipelago led to the division of Malay literature into two periods: traditional and modern. The name Munshi Abdullah emerged in the corpus of Malay literature, resulting in his recognition as the Father of Modern Malay Literature. This distinction was attributed to his incorporation of realism, setting his work apart from earlier Malay authors. However, this Western concept of 'realism' often dismissed the syair, a poetic form cherished by Malay authors of that era. Paradoxically, Munshi Abdullah infused elements of realism into his own syair. Addressing this contradiction, this study examines a syair focused on reality or 'groundedness,' specifically the 19th-century Syair Muhammad Salleh. The study aims to achieve two objectives: to identify elements of realism in line with the modernity of Munshi Abdullah's literature and to analyze these elements within Syair Muhammad Salleh. Methodologically, the study conducts a textual analysis of Syair Muhammad Salleh using the realism framework defined by Rahimah Hamdan (2023) within the context of Munshi Abdullah's literary modernity. This framework emphasizes logic and rejects superstition and myth. The findings reveal that the syair aligns with the characteristics of Munshi Abdullah's literary modernity. Ultimately, this study elevates the syair form as a medium of modernity in Malay literature, ensuring it is not overlooked without proper evaluation.

 

Keywords: syair, Syair Muhammad Salleh, Munshi Abdullah's Literary Modernity, logic

 

Published
2024-09-25
How to Cite
Suhaili, S. N., & Hamdan, R. (2024, September 25). Unsur Realisme Menurut Kemodenan Kesusasteraan Munshi Abdullah Dalam Syair Muhammad Salleh. Jurnal Wacana Sarjana, 8(4), 1-21. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/610