Keutamaan Kerjaya Dan Pilihan Perkahwinan: Persepsi Wanita Terhadap Trend Kahwin Tertangguh di Malaysia
Career Priorities and Matrimonial Choices: Women’s Perceptions of Delayed Marriage Trends in Malaysia
Abstract
ABSTRAKKajian ini menyelidiki trend perkahwinan tertangguh dalam kalangan wanita di Malaysia, dengan fokus kepada persepsi dan proses membuat keputusan berkaitan keutamaan kerjaya dan perkahwinan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pasangan hidup wanita dan bagaimana faktor ini berubah dari semasa ke semasa; meneroka sebab peningkatan trend perkahwinan tertangguh dalam kalangan wanita berkerjaya di Malaysia; serta menyiasat peranan jangkaan masyarakat dan budaya dalam membentuk persepsi wanita terhadap perkahwinan dan kerjaya, serta bagaimana pengaruh ini berbeza merentas kumpulan demografi. Metodologi kajian menggunakan kaedahkualitatif dengan pengumpulan data melalui diskusi kumpulan berfokus (Focus Group Discussion, FGD) dan teknik persampelan purposif. Populasi kajian terdiri daripada wanita di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia, berumur 27 tahun ke atas, bujang atau menangguhkan perkahwinan, berpendidikan menengah, bekerja, mencari pekerjaan, atau melanjutkan pendidikan tinggi, serta berasal dari latar belakang budaya yang berbeza. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan perkahwinan dan kerjaya wanita di Malaysia, serta menyoroti peranan masyarakat dan budaya dalam membentuk pilihan-pilihan tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk menyediakan maklumat yang berguna bagi pembuat dasar dan penyelidik dalam usaha memahami dan menangani isu perkahwinan tertangguh dalam kalangan wanita berkerjaya.
Kata kunci: Wanita di Malaysia, Perkahwinan tertangguh, keutamaan kerjaya, Persepsi
ABSTRACT
This study investigates the increasing trend of delayed marriages among women in Malaysia, focusing on their perceptions and decision-making processes regarding career and marriage priorities. The objectives are to examine the factors influencing women's choice of life partners and how these factors change over time; to explore the reasons behind the rising trend of delayed marriages among career women in Malaysia; and to investigate the role of societal and cultural expectations in shaping women's perceptions of marriage and career priorities, and how these influences vary across different demographic groups. The research methodology employs qualitative methods, including data collection through focus group discussions (FGDs) and purposive sampling techniques. The study population consists of women in urban areas of Peninsular Malaysia, aged 27 and above, who are single or delaying marriage, have secondary education, are employed, seeking employment, or pursuing higher education, and come from diverse cultural backgrounds. The results of this study are expected to provide a deep understanding of the factors influencing women's decisions regarding marriage and career in Malaysia, highlighting the role of societal and cultural influences in shaping these choices. Additionally, this research aims to offer valuable insights for policymakers and researchers in understanding and addressing the issue of delayed marriages among career women.
Keywords: Women in Malaysia, Delayed marriage, career priorities, Perception