Keindahan Nasihat Dan Sindiran Dalam Pantun Peribahasa Melayu Gubahan Loo Mun
The Beauty Of Advice And Satire In Malay Proverbal Pantuns Composed By Loo Mun
Abstract
ABSTRAKKesusasteraan Melayu Tradisional memperlihatkan keintelektualan akal budi dan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Beberapa bentuk hasil karya seperti prosa dan puisi mewarnai korpus kesusasteraan Melayu berteraskan estetika dan falsafah yang tersendiri. Misalnya bentuk pantun yang masih popular sehingga kini. Tambah mengkagumkan apabila Pantun Peribahasa Melayu turut diminati oleh pengarang bukan Melayu seperti Goh Thean Chye atau nama penanya Loo Mun. Beliau merupakan seorang penulis yang seringkali menggunakan pantun sebagai wahana untuk menyampaikan pemikirannya. Justeru, apakah amanat yang dominan dalam Pantun Peribahasa Melayu gubahan Loo Mun ini? Bagaimana keindahan aspek yang dominan ini digubah oleh Loo Mun dalam karya tersebut? Ini merelevankan objektif kajian ini iaitu mengenal pasti dan menganalisis keindahan aspek nasihat dan sindiran dalam Pantun Peribahasa Melayu gubahan Loo Mun. Metodologi menerusi kaedah analisis teks menggunakan Teori Keindahan Braginsky terhadap Pantun Peribahasa Melayu gubahan Loo Mun (1968). Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah mengenalpasti definisi keindahan, menjelaskan dan menganalisis keindahan aspek nasihat dan sindiran yang diketengahkan dalam Pantun Peribahasa Melayu oleh Loo Mun. Dapatan kajian menunjukkan pantun peribahasa yang digubah oleh Loo Mun banyak memfokuskan kepada aspek nasihat dan sindiran. Kajian ini membuktikan bahawa Loo Mun berjaya menggunakan keindahan dalam peribahasa Melayu dalam bentuk pantun demi menambat hati khalayak yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Secara tidak langsung membuktikan bahawa pantun merupakan khazanah masyarakat tradisional yang tinggi nilai keindahannya sehingga mampu memapar pengajaran sarat dengan pendidikan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira ras, bangsa dan agama.
Kata kunci: pantun, keindahan, peribahasa, Loo Mun, Braginsky
ABSTRACTTraditional Malay literature reflects the intellectualism and thought of the society that produced it. Various forms of works such as prose and poetry color the corpus of Malay literature, grounded in their own aesthetics and philosophy. For example, the pantun form remains popular to this day. It is particularly impressive that Malay Proverbal Pantuns are also appreciated by non-Malay authors such as Goh Thean Chye, who writes under the pen name Loo Mun. He is a writer who frequently uses pantuns as a medium to convey his thoughts. Therefore, what is the dominant message in Loo Mun’s Malay Proverbal Pantuns? How has the beauty of this dominant aspect been crafted by Loo Mun in his work? This underscores the objective of this study, which is to identify and analyze the beauty of the advisory aspect in Loo Mun’s Malay Proverbal Pantuns. The methodology involves text analysis using Braginsky's Theory of Beauty on Loo Mun’s Malay Proverbal Pantuns (1968). Activities conducted include identifying the definition of beauty, explaining, and analyzing the beauty of the advisory aspect highlighted in Loo Mun’s Malay Proverbal Pantuns. The findings of the study show that the proverb pantuns composed by Loo Mun largely focus on the aspect of advice. This study proves that Loo Mun has successfully used the beauty in Malay proverbs in the pantun form to captivate audiences of various ethnicities. Indirectly, it proves that pantuns are a treasure of traditional society with high aesthetic value, capable of conveying rich educational lessons to all segments of society, regardless of race, ethnicity, or religion.
Keywords: pantun, beauty, proverb, Loo Mun, Braginsky