Peranan Komunikasi dan Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Seharian Belia: Kajian terhadap Fungsi Personal, Interaksional, dan Informasi

The Role of Communication and the Use of Information Technology in the Daily Lives of Youth: A Study of Personal, Interactional, and Information Functions

  • Nur Syuhada Mokhzan
Keywords: Kemahiran komunikasi, Belia, Kesejahteraan hidup, Fungsi komunikasi, Komuniti sosioekonomi rendah

Abstract

ABSTRAK

Komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua individu tanpa mengira latar belakang, kerana ia menjadi asas kepada hubungan yang melibatkan proses penyampaian dan penerimaan informasi. Keberkesanan komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk informasi yang disampaikan, pengetahuan, sikap, serta keadaan fizikal dan sosial. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran komunikasi dan fungsi komunikasi dalam kalangan belia yang berumur 20 – 25 tahun di Bangi serta hubungannya dengan kesejahteraan hidup mereka dalam aspek ekonomi, kesihatan, dan pendidikan. Kajian ini turut menggunakan instrumen dari Armstrong’s Interpersonal Communication Inventory, yang terdiri daripada 52 item penilaian kendiri dengan nilai kebolehpercayaan 0.89 sebagai pengukuran hasil dapatan kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa 55.3% daripada responden mempunyai tahap komunikasi sederhana, manakala 44.7% berada pada tahap tinggi. Fungsi komunikasi belia dibahagikan kepada empat kategori utama: personal, instrumental, interaksional, dan informasi, dengan min antara 2.80 hingga 3.13. Ini menunjukkan bahawa belia menggunakan komunikasi untuk tujuan personal, penyampaian informasi, hubungan sosial, dan instrumental. Kajian ini menekankan pentingnya meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan belia untuk memperbaiki kualiti hidup mereka, khususnya dalam konteks masyarakat.

Kata Kunci: Kemahiran komunikasi, Belia, Kesejahteraan hidup, Fungsi komunikasi, Komuniti sosioekonomi rendah

 

ABSTRACT
Communication and the use of information technology are essential skills that need to be mastered by all individuals, regardless of their background, as they form the basis of relationships involving the process of transmitting and receiving information. The effectiveness of communication and information technology usage is determined by several factors, including the information conveyed, knowledge, attitudes, as well as physical and social conditions. This study aims to examine the level of communication skills and the functions of communication among youth aged 20-25 in Bangi, and its relationship to their well-being in terms of economy, health, and education. The study utilized Armstrong's Interpersonal Communication Inventory, which consists of 52 self-assessment items with a reliability value of 0.89, as the measurement tool. The analysis results indicate that 55.3% of respondents have a moderate level of communication skills, while 44.7% are at a high level. The communication functions of youth are categorized into four main areas: personal, instrumental, interactional, and informational, with means ranging from 2.80 to 3.13. This shows that youth use communication for personal purposes, information sharing, social relationships, and instrumental objectives. This study emphasizes the importance of enhancing communication skills among youth to improve their quality of life, particularly within the community context.


Keywords: Communication skills, Youth, Well-being, Communication function, Low socioeconomic community.Bottom of Form

Published
2024-11-24
How to Cite
Mokhzan, N. S. (2024, November 24). Peranan Komunikasi dan Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Seharian Belia: Kajian terhadap Fungsi Personal, Interaksional, dan Informasi. Jurnal Wacana Sarjana, 8(5), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/616