Interprestasi Makna Metafora Dalam Akhbar Pada Ruangan Politik: Satu Analisis Teori Relevans
Interpretation of Metaphorical Meanings in Political Columns: A Relevance Theory Analysis
Abstract
ABSTRAKMetafora Melayu dibentuk melalui kaedah atau proses perumpamaan atau perbandingan atau jenis yang bersifat analogis, kiasan, bidalan yang disampaikan melalui pelbagai jenis simpulan bahasa, peribahasa, pepatah, mitonomi atau personafikasi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti metafora yang terdapat dalam akhbar, mengkategorikan metafora menggunakan pengkategorian yang sesuai dan menginterpretasi makna metafora yang digunakan dengan menggunakan teori Relevans. Kebanyakkan kajian berkenaan metafora yang dijalankan adalah berkaitan dengan karya penulisan novel, penulisan pantun, syair dan sebagainya. Kajian metafora yang berkait dengan akhbar kurang dijalankan oleh mana- mana pengkaji. Percanggahan pendapat antara pengkaji-pengkaji bahasa dalam menentukan takrifan sebenar bagi metafora menyebabkan kesukaran dalam mengenal pasti metafora. Data dalam kajian ini diambil daripada akhbar Utusan Malaysia pada ruangan politik. Kemudian data tersebut dianalisis dengan menggunakan Teori Relevans. Hasil dapatan menunjukkan bahawa metafora mempunyai gambaran melalui keserupaan dan lebih mudah difahami secara berkonteks. Penggunaan metafora dalam teks akhbar ini juga dapat memberi kesan kepada pembaca untuk mengetahui situasi politik yang sebenar. Oleh itu, jelaslah bahawa kandungan akhbar dapat ditafsir dengan baik dari sudut pragmatiknya jika ia dilakukan berdasarkan konteks yang difahami oleh pembaca.
Kata kunci: Metafora, teori Relevans, interpretasi, akhbar, politik
ABSTRACT
Malay metaphors are formed through methods or processes of similes or comparisons, or types that are analogical, figurative, proverbial, conveyed through various types of idioms, proverbs, sayings, metonymy, or personification. The purpose of this study is to identify metaphors found in newspapers, categorize the metaphors using appropriate categorization, and interpret the meanings of the metaphors used through Relevance Theory. Most studies on metaphors are related to literary works such as novels, pantun, syair, and so on. Studies on metaphors related to newspapers are less frequently conducted by researchers. The differing opinions among language researchers in defining the actual meaning of metaphors cause difficulties in identifying metaphors. The data for this study is taken from the Utusan Malaysia newspaper in the political section. The data is then analyzed using Relevance Theory. The findings show that metaphors depict similarities and are more easily understood contextually. The use of metaphors in newspaper texts can also impact readers’ understanding of the actual political situation. Therefore, it is clear that newspaper content can be well interpreted pragmatically if it is done based on the context understood by the readers.
Keywords: Metaphor, Relevance Theory, interpretation, newspaper, politics