Gelagat Pengundi Dalam Pilihan Raya Negeri Di Kawasan DUN Apam Putra, Rantau Panjang, Kelantan
Voters’ Behavior in The State Election of State Legislative Assembly Area of Apam Putra, Rantau Panjang, Kelantan
Abstract
ABSTRAKKemenangan calon Parti se-Islam Malaysia di kawasan kajian iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Apam Putra menunjukkan gelagat pengundi yang yang terpengaruh dengan tindakan dan tekad daripada calon PAS yang seterusnya berjaya mengekalkan kerusi (DUN) dengan jayanya di kawasan tersebut. Gelagat pengundi yang berbeza adalah dipengaruhi oleh maklumat politik yang diterima daripada pelbagai sumber. Ini membabitkan sama ada parti pemerintah atau pembangkang yang kemudian dinilai oleh pengundi berdasarkan pengetahuan dan kecenderungan mereka. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis gelagat pengundi dalam Pilihan Raya Negeri 2023 di kawasan N.16 DUN Apam Putra, Rantau Panjang, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan menggunakan soal selidik; yang melibatkan 50 orang responden, kaedah temu bual; yang melibatkan tiga orang informan dan kaedah pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data primer berdasarkan score sheets serta sumber data primer dan sekunder yang lain dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan responden (pengundi) merujuk maklumat politik dan hal ehwal semasa berdasarkan media elektronik dan media alternatif serta sumber lain di kawasan kajian. Majoriti responden memberi reaksi negatif terhadap isu dasar Kerajaan Persekutuan/ Pakatan Harapan dan yang lainnya bersikap neutral terhadap isu-isu sedemikian yang tidak melibatkan mereka secara langsung. Bagi isu dasar Kerajaan Negeri/PAS pula, pengundi mempunyai persepsi yang positif terhadap pemerintahan yang dilaksanakan. Keperluan dan keinginan responden dipenuhi rata-ratanya dan mereka berpuas hati. Tambahan juga, jika dilihat dari sudut pembangunan moral dan rohani adalah program pembangunan yang paling memuaskan serta perpaduan rakyat memenuhi kepentingan pengundi dari aspek keharmonian dan keselesaan. Namun begitu, terdapat juga ketidakpuasan responden terutamanya pengundi muda dari aspek jaringan internet, pembangunan pusat perkilangan dan peluang pekerjaan. Hasil analisis keputusan PRN-15 di kawasan kajian adalah memihak kepada PAS mengikut pola pengundian berdasarkan DM, saluran mengundi dan lokasi geografi. Faktor kemenangan PAS di Kelantan secara keseluruhannya adalah berdasarkan pengaruh dan sentimen pengundi terhadap dasar pemerintahan Islam yang dibawa PAS manakala faktor kekalahan BN pula disebabkan faktor skandal politik, penyalahgunaan kuasa, dan faktor calon yang diboikot pengundi. Kajian pilihan raya yang dijalankan di negeri Kelantan adalah penting untuk menyumbang kepada pengetahuan geopolitik dan geografi pilihan raya kerana sumber rujukan yang terhad. Kesimpulannya, adalah diharapkan supaya setiap ahli politik dan parti politik bukan sahajaberpolitik tetapi dapat menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.
Kata kunci : gelagat pengundi, maklumat politik, persepsi, perpaduan, pilihan politik
ABSTRACTThe victory of the All-Islamic Party of Malaysia (PAS) candidates in the study area, namely Dewan Undangan (DUN) N.16 Apam Putra shows the behavior of the voters’ who were influenced by the actions and determination of the PAS candidates which successfully retained the seats (DUN) in the area. Different voter behavior is influenced by political information received from various sources. This involves either the ruling party or the opposition which is then judged by voters based on their knowledge and inclinations. Therefore, it is the purpose of this study to analyze the behavior of voters in the 2023 State Election of N.16 Apam Putra State Assembly, Rantau Panjang, Kelantan. This study uses the method of collecting primary data using questionnaires; involving 50 respondents, interview method; which involved three informants and observation methods in the field. The technique of analyzing primary data based on score sheets as well as other primary and secondary data sources using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18.0. The findings of the study found that most respondents (voters) refer to political information and current affairs based on electronic media and alternative media as well as other sources in the study area. The majority of respondents reacted negatively to the policy issues of the Federal Government and the others were neutral to such issues that did not involve them directly. As for the policy issues of the State Government/PAS, voters have a positive perception of the government being implemented. The respondents' needs and desires are met on average and they are satisfied. Additionally, if viewed from the point of view of moral and spiritual development, it is the most satisfactory development program and the unity of the people fulfills the interests of the voters from the aspect of harmony and comfort. However, there is also dissatisfaction among respondents, especially young voters, from the aspects of the internet network, the development of manufacturing centers and job opportunities. The results of the analysis of PRN-15 results in the study area are in favor of PAS according to the voting pattern based on DM, voting channel and geographical location. The overall victory factor for PAS in Kelantan is based on the influence and sentiment of the voters towards the Islamic governance policy brought by PAS while the BN defeat factor is due to political scandals, abuse of power, and the factor of candidates being boycotted by voters. Election studies conducted in the state of Kelantan are important to contribute to the geopolitical and geographic knowledge of elections due to limited reference sources. In conclusion, it is hoped that every politician and political party not only does politics but can contribute to the development of the state and the country.
Keywords: voter behavior, political information, perception, unity, political choice