Sosialisasi Budaya Politik di Malaysia: Kajian Kes Masyarakat di Permatang Pauh Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Political Culture Socialization in Malaysia: Case Study of the Permatang Pauh Community in Post 14th General Election (GE14)

  • Intan Syahidah Sudin
  • Muhammad Rahimi Hasan
Keywords: Sosialisasi budaya politik, Permatang Pauh, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH), Ekstremisme

Abstract

ABSTRAK 

Kajian ini meneliti isu sosialisasi budaya politik di Malaysia dengan tumpuan khusus terhadap kajian kes masyarakat di Permatang Pauh Pasca Pilihan Raya Umum ke-14. Permatang Pauh telah dipilih sebagai tempat kajian kerana kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor kejatuhan parti politik yang telah mendominasi pentadbiran politik kawasan tersebut semenjak kira-kira 40 tahun yang lalu. Bagi meneliti isu sosialisasi budaya politik ini, kajian menggariskan tiga objektif kajian yang utama. Pertama, menjelaskan faktor-faktor kejatuhan parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pakatan Harapan (PH) dalam aspek perubahan corak dan budaya sosialisasi yang dibawa oleh masyarakat di Permatang Pauh. Kedua, mengenal pasti agen sosialisasi yang membawa pengaruh terkuat dan memberikan kesan yang paling signifikan terhadap pemahaman politik generasi muda di Permatang Pauh dalam PRU15. Ketiga, menilai impak proses sosialisasi politik terhadap kemunculan dan perkembangan elemen negatif seperti ketaksuban dan extremisme. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data dikumpulkan menerusi kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan rujukan perpustakaan… Hasil kajian ini menemukan tiga dapatan kajian. Pertama, antara faktor kejatuhan PKR dan Pakatan Harapan didapati merupakan kesan daripada penglibatan golongan belia dalam Pilihan Raya Umun ke-15 (PRU15)… Kedua, agen-agen sosialisasi yang telah membawa kesan yang ketara terhadap pemahaman politik generasi muda ialah media, ibu-bapa dan keluarga serta rakan sebaya… Ketiga, impak proses sosialisasi politik terhadap kemunculan elemen negatif ketaksuban dan ekstremisme adalah berlakunya konflik perkauman dan agama yang lebih kritikal… Maka, kajian terhadap sosialisasi budaya politik di Permatang Pauh ini mengusulkan agar pemahaman politik dapat diterapkan dalam bentuk yang lebih formal seperti pendidikan bermula di peringkat sekolah menengah…

Kata kunci: Sosialisasi budaya politik, Permatang Pauh, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) dan Ekstremisme

 

ABSTRACT

This research is scrutinizing the political culture socialization in Malaysia with the focus on the case study of the citizen in Permatang Pauh Post the 14th General Election. Permatang Pauh has been chosen as the research area as this research is trying to figure out the factors of the fallen of the dominant political party that has been ruling the political administration in that area since approximately 40 years ago. To unravel this political culture socialization issue futher, this research is done based on three main focuses. First, is to explain the factors of the losing of Parti Keadilan Rakyat (PKR) or Pakatan Harapan (PH) due to the changes of pattern and the culture of socialization carried by the citizen in Permatang Pauh. Second, is to identify the most influential and impactable socialization agents toward the youth in Permatang Pauh during the 15th General Election. Third, is to evaluate the impacts of socialization process to the emergence and development of negative values such as obsession and extremisme. This research is done by qualitative method. All the datas has been collected through observations, interviews, questionnaire surveys, and library references. This study has discovered three research findings. First, the fallen of PKR and PH is a result of the youth involvement in the 15th General Election. Second, amongst the agents that has left significant impacts towards the youth political understandings are the medias, parents and peers. Third, the impact of political socialization process towards the evolvement of negative elements such as obsession and extremism is a critical racial and religion conflicts. Thus, this political culture socialization study suggests that political understanding needs to be encouraged through a more formal form such as education, starting from a lower level such as secondary school.

Keywords: Political culture socialization, Permatang Pauh, 14th General Election, Pakatan Harapan (PH) and Extremism.

Published
2024-11-24
How to Cite
Sudin, I. S., & Hasan, M. R. (2024, November 24). Sosialisasi Budaya Politik di Malaysia: Kajian Kes Masyarakat di Permatang Pauh Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Jurnal Wacana Sarjana, 8(5), 1-20. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/620