Kepenggunaan Tembakau dari Perspektif Sejarah: Satu Sorotan Awal

Tobacco Used from a Historical Perspective: An Early Highlight

  • Ahmad Fithri Osman
  • Mohd Shazwan Mokhtar
Keywords: tembakau, sejarah, saintifik, Budaya, Ekonomi

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini meneroka sejarah kepenggunaan tembakau dalam konteks global. Sejarah kepenggunaan tembakau boleh diteliti sejak zaman perdagangan awal iaitu dari abad ke 16 hingga kini. Tumpuan diberikan kepada peranan tembakau yang mempengaruhi perubahan sosioekonomi masyarakat global. Dalam perkembangan dunia moden, nama tembakau sudah dikenali dari pelbagai perspektif khususnya dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat global. Penggunaan tembakau mula mengalami perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat disebabkan sifat tembakau yang bersifat universal misalnya dari aspek sejarah, budaya, saintifik dan ekonomi. Berdasarkan hasil pensejarahan sarjana, kajian ini cuba untuk menghubung kait hubungan antara kepenggunaan tembakau dalam beberapa dimensi-dimensi utama iaitu sejarah, budaya, saintifik dan ekonomi. Oleh itu, objektif kajian ini ialah menganalisis perkembangan kepenggunaan tembakau dalam aspek kehidupan sosioekonomi masyarakat dalam konteks sejarah. Berdasarkan kaedah kajian, kajian ini mengumpulkan dan menganalisis sumber primer seperti Fail Pejabat Kolonial dan Akhbar serta kajian-kajian terdahulu dari para sarjana untuk membuktikan perubahan penggunaan tembakau dalam konteks sosioekonomi masyarakat global. Hasil kajian mendapati kepenggunaan tembakau dalam kalangan masyarakat adalah signifikan. Malahan, tembakau juga memiliki nilai yang tinggi dan kepentingannya yang tersendiri khususnya dalam aspek sosioekonomi masyarakat global.

Kata Kunci: Tembakau, Sejarah, Saintifik, Budaya, Ekonomi, Sejarah Sosial, Sejarah Ekonomi

 

ABSTRACT

This study explores the history of tobacco use in a global context. The history of tobacco consumption can be studied since the early trading period, which is from the 16th century to the present. The focus is on the role of tobacco in influencing the socioeconomic changes of global society. In the development of the modern world, the name of tobacco is already known from various perspectives, especially in the social and economic aspects of global society. The use of tobacco began to experience changes in various aspects of society's life due to the universal nature of tobacco, for example from historical, cultural, scientific and economic aspects. Based on the scholar's historical results, this study tries to link the relationship between tobacco consumption in several main dimensions, namely history, culture, science and economy. Therefore, the objective of this study is to analyze the development of tobacco consumption in the socio-economic aspects of community life in a historical context. Based on research methods, this study collects and analyzes primary sources such as Colonial Office Files and Newspapers as well as previous studies from scholars to prove changes in tobacco use in the socioeconomic context of global society. The results of the study found that tobacco consumption among the community is significant. In fact, tobacco also has a high value and its own importance, especially in the socioeconomic aspects of the global community.

Keywords: Tobacco, History, Scientific, Culture, Economy, Social History, Economic History

Published
2024-11-24
How to Cite
Osman, A. F., & Mokhtar, M. S. (2024, November 24). Kepenggunaan Tembakau dari Perspektif Sejarah: Satu Sorotan Awal. Jurnal Wacana Sarjana, 8(5), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/621