Keterlibatan Pelajar B40 Menerima Sokongan Dan Bantuan Sedia Ada Di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UKM
The Involvement Of B40 Students Receives Existing Support And Assistance At The Faculty Of Social Sciences And Humanities, UKM
Abstract
ABSTRAKFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan merupakan antara fakulti tertinggi yang mempunyai bilangan pelajar daripada keluarga B40. Namun, penglibatan pelajar dalam menerima sokongan yang disediakan ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sokongan yang sedia ada kepada pelajar golongan B40 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan meneroka faktor untuk pelajar B40 menerima sokongan yang disediakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berpandukan pendekatan kajian kes. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakkan informan kurang mempunyai pengetahuan berkenaan dengan sokongan yang disediakan oleh pihak fakulti dan terdapat juga informan yang hanya bergantung sepenuhnya terhadap sokongan daripada pihak fakulti. Berdasarkan semua dapatan kajian ini, pengkaji telah mencadangkan untuk mewujudkan program penjanaan pendapatan kepada pelajar B40 untuk memastikan pelajar B40 lebih produktif supaya dapat menampung keperluan hidup di intitusi pengajian. Implikasi kajian ini juga mefokuskan kepada latihan tubi keusahawanan sosial dalam kalangan pelajar B40 FSSK sejak pendaftaran pelajar di FSSK, UKM.
Kata kunci: Kemiskinan, sokongan, bantuan, pelajar B40, FSSK
ABSTRACT
The Faculty of Social Sciences and Humanities is among the highest faculties, with a number of students from B40 families. However, the involvement of students in receiving the provided support has not yet reached a satisfactory level. The objective of this study is to assess the existing support for B40 students in the Faculty of Social Sciences and Humanities and explore the factors influencing B40 students' acceptance of the provided support in the Faculty of Social Sciences and Humanities. This study utilizes a qualitative design guided by a case study approach. The findings reveal that most informants have limited knowledge about the support provided by the faculty, with some relying solely on faculty support. Based on all the study findings, the researcher has suggested establishing income generation programs for B40 students to ensure their productivity in meeting the needs of living in the institution. The implications of this study also focus on social entrepreneurship training among B40 FSSK students since enrollment at FSSK, UKM.
Keywords: Poverty, support, assistance, B40 students, FSSK