Penggunaan Kata Terbitan dalam Lagu Bertemakan Kepimpinan: Satu Analisis Morfologi

The Use of Derived Words in Leadership-Themed Songs: A Morphological Analysis

  • Che Nur Farhan Najwa Azhad
  • Harishon Radzi
Keywords: Lirik lagu, kepimpinan, kata terbitan, TikTok, Perdana Menteri Malaysia

Abstract

ABSTRAK

Lagu walaupun digunakan sebagai hiburan, di dalamnya masih mengandungi mesej yang cuba disampaikan kepada pendengar, malah terdapat juga fenomena di mana lagu dikaitkan secara langsung dengan ciri-ciri kepimpinan para Perdana Menteri (PM) Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada kajian morfologi, perkaitan antara lagu dan kepimpinan yang diberi tajuk Penggunaan Kata Terbitan dalam Lagu Bertemakan Kepimpinan: Satu Analisis Morfologi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti lirik lagu bertemakan PM Malaysia, mengkategorikan kata terbitan yang terdapat dalam lirik-lirik lagu tersebut dan menganalisis pembentukan kata terbitan berdasarkan Prinsip Tatabahasa Dewan (2010). Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif. Data kajian merupakan satu video berdurasi 46 saat yang telah dimuat turun melalui aplikasi media sosial TikTok. Langkah-langkah yang diambil adalah dengan mendengar, mengamati, melakukan transkripsi lirik lagu, mengkategorikan kata terbitan dan menganalisis kata terbitan yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut. Analisis mendapati lagu yang bertemakan PM kelapan hanya mempunyai kata terbitan jenis awalan dan berapitan sahaja, manakala lagu bertemakan PM kesembilan memiliki kesemua jenis kata terbitan berawalan, berakhiran dan berapitan. Kajian menunjukkan lagu sebagai satu aspek seni akan mampu menyerlahkan mesej yang cuba disampaikan.

Kata kunci: Lirik lagu, kepimpinan, kata terbitan, TikTok, Perdana Menteri Malaysia

 

ABSTRACT

Although songs are used as entertainment, they still contain messages that are trying to be conveyed to listeners, and there is also a phenomenon where songs are directly linked to the leadership characteristics of Malaysian Prime Ministers (PMs). This study focuses on the study of morphology, the relationship between song and leadership which is titled The Use of Derived Words in Leadership- Themed Songs: A Morphological Analysis. The objective of this study is to identify the lyrics of Malaysian PM-themed songs, categorize the derived words found in the lyrics and analyze the formation of derived words based on Principles of Tatabahasa Dewan (2010). The study conducted is qualitative in nature. The research data is a 46-second video that has been downloaded through the social media application TikTok. The steps taken are to listen, observe, transcribe song lyrics, categorize derived words and analyze derived words found in the song lyrics. The analysis found that the song with the theme of the eighth PM only has derived words of the prefixes and suffixes type only, while the song with the theme of the ninth PM has all types of derived words prefixes, suffixes and interlaced. The study shows that songs as an aspect of art will be able to highlight the message that is trying to be conveyed.

Keywords: Song lyrics, leadership, derived words, TikTok, Prime Minister of Malaysia

 

Published
2025-04-02
How to Cite
Azhad, C. N. F. N., & Radzi, H. (2025, April 2). Penggunaan Kata Terbitan dalam Lagu Bertemakan Kepimpinan: Satu Analisis Morfologi. Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/626