Faktor Dan Impak Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya DUN Sungai Ramal, Selangor 2003 Dan 2018 Dengan Menggunakan Aplikasi GIS

Factors and Impacts of the Redistricting of Election Divisions in the State Legislative Assembly Area of Sungai Ramal, Selangor 2003 and 2018 using GIS Application

  • Nur Farah Hanani Mohd Ruslee
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: parti politik, gerrymandering, pemilih, persempadanan semula, GIS

Abstract

ABSTRAK

Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) sejak akhir ini, secara tidak langsung telah meningkatkan penggunaan teknik dalam proses pilihan raya. Aplikasi ini mampu mengesan elemen yang mencurigakan dalam bentuk ‘gerimander’ dalam kajian persempadanan semula sesuatu kawasan. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk mengkaji faktor dan impak persempadanan semula di DUN Sungai Ramal pada tahun 2003 dan 2018 menggunakan aplikasi GIS. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan temu bual dan pemerhatian di lapangan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan penguasaan parti politik sebelum dan selepas persempadanan semula dalam pilihan raya. Persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 diguna pada PRU 2004. Pada PRU tersebut, DUN Sungai Ramal diwakili oleh Amran Kasimin (BN/UMNO) yang menang dengan majoriti 3,708 undi. Kemudian pada PRU 2008, calon PAS iaitu Dr. Shafie Abu Bakar menang dengan majoriti 6,192 undi. Seterusnya pada PRU 2013, calon PAS yang baharu iaitu Ustaz Shafie Ngah pula menang dengan majoriti 11,838 undi. Kemudian persempadanan semula bahagian pilihan raya 2018 diguna pada PRU 2018 dengan Mazwan Johar (PKR/AMANAH) menang dengan majoriti 10,630 undi. Kemudian pada PRN 2023, DUN Sungai Ramal ditawan oleh PN/PAS iaitu Mohd Shafie Ngah yang menang dengan majoriti 7,767 undi. Kawasan DUN Sungai Ramal berkomposisikan majoriti kaum Melayu iaitu 78.45%, seterusnya kaum India sebanyak 10.02% dan kaum Cina sebanyak 9.28%. Kawasan majoriti etnik Melayu ini antara kubu kuat PAS disebabkan pengaruh pengikut pusat pengajian dan perubatan agama yang dipimpin oleh anak murid Allahyarham Dato’ Harun Din yang dahulunya juga merupakan salah seorang kepimpinan tinggi PAS Pusat. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat menilai isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Kata kunci: parti politik, gerrymandering, pemilih, persempadanan semula, GIS

 

ABSTRACT 

The use of Geographic Information Systems (GIS) recently has indirectly increased the use of techniques in the election process. This application is able to detect suspicious elements in the form of gerrymandering in the study of re-delimitation of an area. Therefore, it is the purpose of writing this article to analyze the factors and impact of redistricting in the state legislative assembly area of Sungai Ramal in 2003 and 2018 using GIS applications. This study uses a field data collection method that involves interviews and observations in the field. The results of the study show that there is a change in the dominance of political parties before and after the redistricting in the election. The redelimitation of the 2003 election division was used in the 2004 GE. In that GE, the Sungai Ramal state legislative assembly was represented by Amran Kasimin (BN/UMNO) who won with a majority of 3,708 votes. Then in the 2008 general election, PAS candidate Dr. Shafie Abu Bakar won with a majority of 6,192 votes. Then in the 2013 GE, the new PAS candidate Ustaz Shafie Ngah won with a majority of 11,838 votes. Then the redelineation of the 2018 election division was used in the 2018 GE with Mazwan Johar (PKR/AMANAH) winning with a majority of 10,630 votes. Then in State Election 2023, Sungai Ramal state assembly was captured by PN/PAS, namely Mohd Shafie Ngah who won with a majority of 7,767 votes. The Sungai Ramal state assembly area is composed of a majority of Malays which is 78.45%, followed by Indians with 10.02% and Chinese with 9.28%. This Malay ethnic majority area is one of the strongholds of PAS due to the influence of the followers of the religious study and medicine center led by the late Dato' Harun Din's student who was also one of the senior PAS Central leaders. The conclusion is this study is important because it can add knowledge, data related to the study of election politics and is expected to be a reference for political parties and the government so that they can assess the issues and problems that occur to be more sensitive in meeting the needs of the community as best as possible.

Keywords: political parties, gerrymandering, electorate, redistricting, GIS

 

 

Published
2025-04-02
How to Cite
Mohd Ruslee, N. F. H., & Awang Besar, J. (2025, April 2). Faktor Dan Impak Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya DUN Sungai Ramal, Selangor 2003 Dan 2018 Dengan Menggunakan Aplikasi GIS. Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/628