Variasi Kaedah Pembelajaran Abad ke-21 oleh Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Tenom, Sabah dan Cabaran Pelaksanaannya

Variation of 21st Century Learning Methods by Malay Language Teachers in Tenom, Sabah and the Challenges of Implementation

  • Fyona Yong Sien Ning
  • Nur Farahkhanna Mohd Rusli
Keywords: Variasi, kaedah PAK-21, guru, Bahasa Melayu, Sabah

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menghuraikan variasi kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) oleh guru dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah yang terletak di Tenom, Sabah dan cabaran pelaksanaannya. Lima orang guru subjek Bahasa Melayu daripada tingkatan satu hingga lima telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mengaplikasikan kaedah temu bual untuk mengumpul data. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada alat perakam audio dan soalan temu bual. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam variasi kaedah PAK-21 yang digunakan responden, iaitu pembentangan berkumpulan, gallery walk, role play, peta i-think, round table dan think-pair-share. Selain itu, data juga menunjukkan antara cabaran pelaksanaan kaedah pembelajaran PAK-21 yang dialami oleh guru ialah i) kurang inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, (ii) kesukaran untuk mengawal kelas dengan baik, (iii) kekangan dari segi kos penyediaan bahan bantu mengajar (BBM), dan (iv) kekangan dari segi masa. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada golongan pendidik tentang manfaat mempelbagaikan kaedah pembelajaran untuk murid bagi membolehkan objektif pengajaran dapat dicapai, sekali gus dapat meningkatkan prestasi dan minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: variasi; kaedah pak-21; guru; bahasa Melayu; Sabah

 

ABSTRACT 

This study aims to describe the variation of the 21st Century Learning method (PAK-21) by teachers in Malay subjects at a school located in Tenom, Sabah and the challenges of its implementation. Five teachers of Malay language subjects from grades one to five were selected as respondents to the study. This study uses a qualitative approach that applies the interview method to collect data. The instrument used in this study consists of an audio recorder and interview questions. The results of the study show that there are six variations of the PAK-21 method used by respondents, namely group presentation, gallery walk, role play, i-think map, round table and think-pair-share. In addition, the data also shows that among the challenges in the implementation of PAK-21 learning methods experienced by teachers are i) lack of initiative to diversify teaching methods, (ii) difficulty in controlling the class well, (iii) constraints in terms of the cost of providing teaching aids, and (iv) time constraints. This study is expected to provide knowledge and exposure to educators about the benefits of diversifying learning methods for students to enable teaching objectives to be achieved, thereby improving student performance and interest in teaching and learning sessions.

Keywords: variations; 21st century learning method; teacher; Malay Language; Sabah

 

 

Published
2025-04-02
How to Cite
Yong Sien Ning, F., & Mohd Rusli, N. F. (2025, April 2). Variasi Kaedah Pembelajaran Abad ke-21 oleh Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Tenom, Sabah dan Cabaran Pelaksanaannya. Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/631