Akhlak Pemimpin dan Masyarakat Melayu Muslim dalam Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)
Akhlak of Leaders and The Malay Muslim Community in Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)
Abstract
ABSTRAK
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) (FMKKP) arahan Syamsul Yusof telah di tayangkan pada 23 Jun 2022 dengan kutipan sebanyak RM 90 juta. Filem ini dihasilkan untuk memaparkan tentang perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang sering berlaku di sekeliling masyarakat Melayu di Malaysia. Filem MKKP ini juga lahir pada ketika ketidakstabilan politik Melayu di Malaysia selepas pilihan raya umum pada tahun 2018. Walaupun latar masa FMKKP adalah pada pertengahan kedua abad ke-19 dan mengisahkan tentang sejarah perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British, namun filem ini memaparkan persamaan dari segi kepimpinan serta masyarakat Melayu yang tidak bersatu padu dalam mempertahankan bangsa dan negara di Malaysia pada masa kini. Sehubungan itu, objektif makalah ini bertujuan untuk meneliti aspek akhlak dalam FMKKP melalui kerangka analisis Pendekatan Dakwah. Penyelidikan fundamental dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian ini. Justeru itu, makalah ini juga menggunakan kerangka analisis Pendekatan Dakwah melalui Teori Pengkaedahan Melayu yang dipelopori oleh Hashim Awang. Hasil perbincangan mendapati bahawa terdapat empat adab dalam aspek akhlak iaitu adab dengan pemimpin, adab dengan kawan, adab dengan keluarga serta adab dengan diri sendiri. Penelitian terhadap aspek tersebut menunjukkan bahawa masyarakat dalam FMKKP mempunyai akhlak yang baik dan buruk iaitu bersangka baik, setia kawan, berbakti pada ibu bapa, menjaga maruah diri, menuntut ilmu dan mengamalkannya, patuh pada suami, memberikan pendidikan kepada anak-anak dan bijak merancang strategi, ingkar arahan ketua dan isteri yang nusyuz.
Kata kunci: Filem Melayu, Mat Kilau, Syamsul Yusof, Pendekatan Dakwah, aspek akhlak.
ABSTRACT
The movie Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2020) (FMKKP), directed by Syamsul Yusof, was released on June 23, 2022, with a collection of RM 90 million. This film was produced to display the power struggle among leaders that often occurs around the Malay community in Malaysia. This MKKP film was born at a time of Malay political instability in Malaysia after the general election in 2018. Although the setting of FMKKP is the second half of the 19th century and tells the history of Mat Kilau struggle against the British colonialists, this film shows similarities in terms of leadership and the Malay community, which are not united in defending the nation and the country from the British colonialists in Pahang. Accordingly, the objective of this paper is to examine the moral aspects of FMKKP through the analytical framework of the Da'wah Approach. Fundamental research is designed with qualitative methods as the design of this study. Therefore, this study also uses the analytical framework of the Dakwah Approach through the Malay Methodology Theory pioneered by Hashim Awang. The results of the discussion found that there are four manners in the aspect of morals, namely manners with leaders, manners with friends, manners with family, and manners with oneself. Research on these aspects shows that the society in FMKKP has good and bad morals, which are good thinking, loyalty to friends, devotedness to parents, guarding self-respect, seeking knowledge and practicing it, obeying husbands, providing education to children, planning smart strategies, and disobeying the instructions of the leader and his nusyuz wife.
Keywords: Malay movie, Mat Kilau, Syamsul Yusof, dakwah approach, the moral aspects.