Pembentukan Kata Dalam Lagu Tradisi Masyarakat Bugis

Word Formation in Traditional Songs of The Bugis Community

  • ‘Amni Izzati Zainorin
  • Harishon Radzi
Keywords: Lirik lagu, Bahasa Bugis, bentuk kata, kata terbitan, majlis perkahwinan

Abstract

ABSTRAK

Pembentukan kata merupakan satu proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta. Pengkaji menjalankan kajian mengenai lagu tradisi Bugis yang mana merupakan bahasa minoriti di Malaysia. Walaupun bahasa ini merupakan bahasa minoriti, ianya masih kekal diguna pakai terutamanya dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan pembentukan kata dari aspek kata terbitan iaitu kata nama dan kata kerja. Kaedah yang digunakan ialah kajian teks dan kajian lapangan. Analisis kajian berasaskan kepada Prinsip Tatabahasa Dewan. Hasil kajian menunjukkan wujud banyak penggunaan kata terbitan dalam lirik lagu tradisi Bugis. Kata terbitan yang dijumpai dapat membantu menjelaskan peranan leksikal kata nama dan kata kerja dalam lagu bahasa Bugis ini. Kesimpulannya, kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan serta pemangkin bagi pengkajian pada masa akan datang khususnya bahasa minoriti.

Kata kunci: Lirik lagu, bahasa Bugis, bentuk kata, kata terbitan, majlis perkahwinan

 

ABSTRACT

Word formation is a process of how a word is created. The researchers conducted a study of the Bugis traditional songs which is a minority language in Malaysia. Although this language is a minority language, it is still used mainly in public gatherings such as weddings. The objective of this study is to discuss word formation from the derived word aspects namely names and verbs. The methods used are text studies and field studies. The analysis of the study is based on the Prinsip Tatabahasa Dewan. The results of the study show that there is a lot of use of published words in Bugis' traditional lyrics. The derived words found can help explain the lexical role of names and verbs in this Bugis language song. In conclusion, this study can be a source of reference as well as an incentive for future studies in particular minority languages.

Keywords: Song lyrics, Bugis language, word form, derivatives word, weddings

Published
2025-04-02
How to Cite
Zainorin, ‘Amni I., & Radzi, H. (2025, April 2). Pembentukan Kata Dalam Lagu Tradisi Masyarakat Bugis. Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/634