Kritikan Sosial Terhadap Masyarakat Dalam Filem Magika (2010)

Social Criticism of Society In The Film Magika (2010)

  • Muhammad Rozaini Razak
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah
Keywords: Filem Melayu, magika, Edry Abdul Halim, Teori Sosiologi, kritikan sosial

Abstract

ABSTRAK

Magika (2010) ini telah diarahkan oleh Edry Abdul Halim dan dibantu oleh Kumpulan KRU sebagai penerbit filem. Filem ini merupakan filem bergenre muzikal. Filem Magika telah menampilkan watak- watak yang terdapat dalam cerita rakyat daripada cerita yang berbeza namun ditemukan dalam satu filem yang sama menerusi dimensi watak yang berbeza. Watak yang ditampilkan bukanlah seperti kerangka atau model watak yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu. Dimensi watak yang diterapkan adalah terdiri daripada sudut positif dan negatif. Filem ini sarat dengan isu sosiologi masyarakat tempatan memaparkan sikap masyarakat melayu dalam menjalani kehidupan seharian. Kesemua aspek yang dibincangkan dalam kajian ini adalah berlandaskan model pencerminan yang diperkenalkan oleh Karl Max dan Federick Engels. Objektif makalah ini bertujuan untuk meneliti kritikan sosial terhadap masyarakat yang terdapat dalam filem Magika (2010). Penyelidikan fundamental dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian ini. Dapatan kajian ini terdapat lapan kritikan yang dianalisis dalam makalah ini kritikan sosial masyarakat yang mementingkan harta, masyarakat yang bertindak melulu, masyarakat yang tidak menghormati orang tua, masyarakat yang sombong, masyarakat yang bahagia di atas penderitaan orang lain, masyarakat yang melakukan gangguan seksual, pembesar yang penakut, masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan masyarakat yang melakukan buli.

Kata kunci: Filem Melayu, Magika, Edry Abdul Halim, Teori Sosiologi, kritikan sosial.

 

ABSTRACT

Magika (2010) was directed by Edry Abdul Halim and assisted by Kumpulan KRU as a film producer. This film is a musical genre. The film Magika has featured characters found in folklore from different stories but found in the same film through different character dimensions. The characters featured are not like the framework or character models found in Malay folklore. The applied character dimension consists of positive and negative angles. This film is loaded with sociological issues of the local community, displaying the attitude of the Malay community in their daily lives. All aspects discussed in this study are based on the reflection model found in literary sociology, introduced by Karl Max and Frederick Engels. The objective of this paper is to examine the social criticism of society found in the film Magika (2010). Fundamental research is designed with a qualitative method as the design of this study. The findings of this study are eight criticisms that are analyzed in this paper: social criticism of a society that cares about property, a society that acts recklessly, a society that does not respect the elderly, an arrogant society, a society that is happy over the suffering of others, a society that commits sexual harassment, a cowardly leader, a society that is selfish, and a society that bullies.

Keywords: Malay film, Magika, Edry Abdul Halim, sociological theory, social criticism

 

 

Published
2025-04-02
How to Cite
Razak, M. R., & Abdullah, N. A. V. (2025, April 2). Kritikan Sosial Terhadap Masyarakat Dalam Filem Magika (2010). Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-20. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/635