Bahasa Kiasan Dalam Lagu P. Ramlee Berdasarkan Teori Relevans
Figurative Language In P. Ramlee’s Song Based On Relevance Theory
Abstract
ABSTRAKBahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Bahasa kiasan berfungsi sebagai menguat dan menajamkan sesuatu karya, untuk menyampaikan sesuatu mesej secara ringkas dan padat serta membawa maksud yang mendalam. Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa kiasan yang digunakan dalam penulisan lirik lagu oleh seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee. Dua fokus utama kajian adalah mengenal pasti penggunaan bahasa kiasan yang terdapat di dalam lirik lagu P. Ramlee dan menganalisis bahasa kiasan tersebut menggunakan teori Relevans. Metodologi kajian bersifat kualitatif dan data dianalisis menggunakan teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986). Tiga buah lagu P. Ramlee telah dijadikan sebagai bahan kajian iaitu lagu Gelora, Itulah Sayang dan Resam Dunia. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan bukan sekadar bentuk perlambangan yang terdapat dalam lirik lagu tetapi mempunyai mesej dan makna yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat. Usaha ini diharapkan dapat memperkaya koleksi warisan P. Ramlee dalam memartabatkannya sebagai seniman lagenda khusus dalam bidang nyanyian serta memperlihatkan keindahan bahasa yang digunakan oleh P. Ramlee.
Kata kunci: bahasa kiasan, teori Relevans, lirik lagu, P. Ramlee, interpretasi
ABSTRACT
Figurative language is a type of language that describes something by alluding to something else, either by stating a direct comparison or by assuming the comparison. Figurative language functions as strengthening and sharpening a work to deliver a simple and concise message that carries a deep meaning. This study focuses on the use of figurative language in the writing of song lyrics by the great artist, Tan Sri P. Ramlee. The two main focuses of the study are identifying the use of figurative language found in the lyrics of P. Ramlee's song and analyzing the figurative language using Relevance Theory. The research methodology is qualitative and the data is analyzed using the Relevance Theory introduced by Sperber and Wilson (1986). Three of P. Ramlee's songs have been used as research material, which are Gelora, Itulah Sayang and Resam Dunia. The findings of this study are analyzed based on the Relevance Theory approach to describe the meaning contained behind the use of figurative language in the lyrics of the songs. The results of the study show that figurative language is not just a form of symbolism found in song lyrics but has a message and meaning that is closely related to community life. It is hoped that this effort will enrich Tan Sri P. Ramlee’s musical heritage and in bestowing him as a legend in the music industry.
Keywords: figurative language, theory Relevance, lyrics, P. Ramlee, interpretation