Kesan Trauma Zaman Kanak-kanak terhadap Kesejahteraan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Tingkah Laku Dewasa: Lensa Profesional di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

The Effects of Childhood Trauma on Children's Mental Health Well-Being and Adult Behavior: Perspective of Professionals in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Asma Amalia Azman
  • Hilwa Abdullah @ Mohd Nor
Keywords: Kesan, trauma zaman kanak-kanak, kesejahteraan kesihatan mental, tingkah laku dewasa, profesional

Abstract

ABSTRAK

Trauma zaman kanak-kanak berlaku lebih kerap daripada yang difikirkan. Lebih daripada dua pertiga kanak-kanak melaporkan sekurang-kurangnya satu peristiwa traumatik menjelang umur 16 tahun termasuklah pengabaian, penderaan psikologi, fizikal, seksual, bencana dan sebagainya. Trauma zaman kanak-kanak dipercayai memberi kesan bukan sahaja terhadap kesejahteraan kesihatan mental kanak-kanak malahan terhadap tingkah laku mereka apabila dewasa. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan trauma zaman kanak-kanak terhadap kesejahteraan kesihatan mental kanak-kanak dan tingkah laku dewasa dari perspektif tujuh pakar klinikal dan profesional di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam dijalankan di UKM secara bersemuka dan dalam talian dengan mengemukakan soalan-soalan separa berstruktur. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Informan terdiri daripada golongan profesional yang pakar dan bekerja dalam bidang yang melibatkan trauma semasa zaman kanak-kanak dari UKM. Data transkripsi dianalisis secara manual menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan kesan trauma zaman kanak-kanak terhadap tingkah laku dewasa terdiri daripada tingkah laku adaptif dan maladaptif. Tingkah laku adaptif terdiri daripada tingkah laku memperbaiki diri dan mendapatkan bantuan profesional. Manakala, tingkah laku maladaptif pula ialah terlibat dalam penyalahgunaan bahan, membahayakan diri, tingkah laku devian serta melarikan diri daripada trauma. Penemuan kajian dijangka dapat menunjukkan gambaran sebenar isu trauma zaman kanak-kanak di Malaysia dari lensa profesional bagi menyumbang terhadap kesedaran masyarakat berkaitan kesejahteraan kesihatan mental kanak-kanak.

Kata kunci: kesan, trauma zaman kanak-kanak, kesejahteraan kesihatan mental, tingkah laku dewasa, profesional

 

ABSTRACT

Childhood trauma occurs more often than one might think. More than two-thirds of children reported at least one traumatic event by the age of 16 including neglect, psychological, physical, sexual, catastrophic abuse and others. Childhood trauma is believed to affect not only children's mental health well-being but also their behavior as adults. This study aims to look for the effects of childhood trauma on children's mental well-being and adult behaviour from the perspective of seven clinical and professional experts in Universiti Kebangsaan Malaysia. A qualitative study employing in-depth interviews was conducted at UKM both face-to-face and online, utilizing semi-structured questions. Purposive sampling and snowball sampling methods were used in this study. Informants consisted of professionals specializing in fields involving childhood trauma at UKM. Transcribed data were analyzed manually using thematic analysis. The results of the study show that the effects of childhood trauma on adult behavior consist of adaptive and maladaptive behavior. Adaptive behavior consists of self-improvement behavior and seeking professional help. Meanwhile, maladaptive behavior is involved in substance abuse, self-harm, deviant behavior and escape from trauma. The findings of the study are expected to show the reality of childhood trauma issues in Malaysia from professionals’ viewpoint to contribute public awareness related to children's mental health well-being.i

Keywords: effects, childhood trauma, mental health well-being, adult behavior, professionals

 

Published
2025-04-02
How to Cite
Azman, A. A., & Abdullah @ Mohd Nor, H. (2025, April 2). Kesan Trauma Zaman Kanak-kanak terhadap Kesejahteraan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Tingkah Laku Dewasa: Lensa Profesional di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/637