Sukan Sebagai Tapak Integrasi Sosial: Kajian Kes Terhadap Belia Persatuan Mahasiswa Anak Negeri UKM
Sports as a Platform for Social Integration: A Case Study on Youth from National University of Malaysia (UKM) Student AssociationABSTRAK Belia pelbagai kaum di universiti memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan nasional di Malaysia. Namun begitu, kepelbagaian latar belakang etnik kadangkala menimbulkan cabaran dalam mewujudkan hubungan yang harmoni. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti peranan sukan sebagai tapak integrasi sosial dalam kalangan belia multietnik, khususnya ahli Persatuan Mahasiswa Anak Negeri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan seramai 38 responden daripada pelbagai kaum yang dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik. Responden terdiri daripada ahli persatuan yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti sukan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi meninjau persepsi terhadap impak penyertaan dalam sukan ke atas integrasi sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti sukan membantu meningkatkan komunikasi, memupuk sikap saling menghormati, dan mengeratkan hubungan antara etnik. Selain itu, interaksi sosial yang berlaku dalam konteks sukan juga memperkukuh semangat kerjasama dan menzahirkan nilai perpaduan dalam kalangan belia. Secara keseluruhan, hasil kajian ini membuktikan bahawa sukan berfungsi sebagai wahana yang berkesan dalam membina integrasi sosial serta menyokong usaha perpaduan nasional di institusi pengajian tinggi. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak universiti dan persatuan mahasiswa agar terus memperkasa penganjuran aktiviti sukan yang inklusif merentas etnik. Usaha ini bukan sahaja dapat menggalakkan hubungan baik dalam kalangan pelajar berbilang kaum, malah menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan seperti SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamarataan), dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh). Kata kunci: Sukan, Integrasi Sosial, Belia multietnik, Persatuan Mahasiswa Anak Negeri, UKM
Abstract
ABSTRAK
Belia pelbagai kaum di universiti memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan nasional di Malaysia. Namun begitu, kepelbagaian latar belakang etnik kadangkala menimbulkan cabaran dalam mewujudkan hubungan yang harmoni. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti peranan sukan sebagai tapak integrasi sosial dalam kalangan belia multietnik, khususnya ahli Persatuan Mahasiswa Anak Negeri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan seramai 38 responden daripada pelbagai kaum yang dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik. Responden terdiri daripada ahli persatuan yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti sukan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi meninjau persepsi terhadap impak penyertaan dalam sukan ke atas integrasi sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti sukan membantu meningkatkan komunikasi, memupuk sikap saling menghormati, dan mengeratkan hubungan antara etnik. Selain itu, interaksi sosial yang berlaku dalam konteks sukan juga memperkukuh semangat kerjasama dan menzahirkan nilai perpaduan dalam kalangan belia. Secara keseluruhan, hasil kajian ini membuktikan bahawa sukan berfungsi sebagai wahana yang berkesan dalam membina integrasi sosial serta menyokong usaha perpaduan nasional di institusi pengajian tinggi. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak universiti dan persatuan mahasiswa agar terus memperkasa penganjuran aktiviti sukan yang inklusif merentas etnik. Usaha ini bukan sahaja dapat menggalakkan hubungan baik dalam kalangan pelajar berbilang kaum, malah menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan seperti SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamarataan), dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh).
Kata kunci: Sukan, Integrasi Sosial, Belia multietnik, Persatuan Mahasiswa Anak Negeri, UKM
Â
University youth from diverse ethnic backgrounds play a crucial role in fostering national unity in Malaysia. However, differences in cultural and ethnic backgrounds can sometimes pose challenges to creating harmonious relationships. This study was conducted to examine the role of sports as a platform for social integration among multi-ethnic youth, with a particular focus on members of the Persatuan Mahasiswa Anak Negeri at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Adopting a quantitative approach, a total of 38 respondents from different ethnic groups were randomly selected to complete a questionnaire. The respondents comprised both active and less active members in sports activities. Data were analysed using descriptive statistics to explore respondents’ perceptions of the impact of sports participation on social integration. The findings indicate that participation in sports enhances communication, nurtures mutual respect, and strengthens relationships across ethnic groups. Social interactions within the sporting context were also found to foster teamwork and reflect the values of unity among youth. Overall, the study demonstrates that sports serve as an effective avenue for building social integration and supporting national cohesion within higher education institutions. This study provides important implications for universities and student associations to strengthen the organisation of inclusive sports programmes across ethnic groups. Such initiatives not only encourage stronger inter-ethnic relations among students but also contribute to achieving the Sustainable Development Goals, particularly SDG 4 (Quality Education), SDG 10 (Reduced Inequalities), and SDG 16 (Peace, Justice, and Strong Institutions).
Keywords: Sports, Social Integration, Multiethnic Youth, Persatuan Mahasiswa Anak Negeri, UKM