Kelestarian Keusahawanan Sosial: Kajian Kes Adab Grocer dalam Memperkasa Usahawan Komuniti
Sustainability of Social Entrepreneurship: A Case Study of Adab Grocer in Empowering Community Entrepreneurs
Abstract
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneliti kelestarian keusahawanan sosial di Adab Cafe dan peranannya dalam memperkasa usahawan komuniti. Permasalahan utama yang dihadapi oleh Adab Grocer ialah penurunan permintaan terhadap produk sejuk beku selepas pandemik, masalah kewangan, kekeliruan mengenai konsep perusahaan sosial, serta strategi pemasaran yang kurang berkesan. Objektif kajian adalah untuk memahami latar belakang penawaran produk dan perkhidmatan, mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang berjaya, meneroka strategi pemasaran yang efektif, dan menyediakan model untuk memperkasa kelestarian perniagaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan temu bual berstruktur melibatkan 12 orang pelanggan tetap serta Ketua Pegawai Eksekutif Adab Cafe. Hasil kajian mendapati bahawa Adab Cafe berjaya bertransformasi dari Adab Grocer kepada model perniagaan kafe yang memenuhi keperluan pasaran dan komuniti dengan mengamalkan kepimpinan transformasi dan strategi pemasaran 4P. Walau bagaimanapun, cabaran utama adalah kekeliruan terhadap konsep perusahaan sosial yang mempengaruhi kelestarian impak sosialnya. Kajian ini mencadangkan penggunaan model perniagaan kanvas (BMC) untuk meningkatkan usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Implikasi kajian termasuk peningkatan strategi pemasaran serta memperkukuh hubungan antara Adab Cafe dan usahawan komuniti untuk membangun ekonomi setempat. Kajian ini menyumbang kepada bidang keusahawanan sosial dengan memberikan penekanan pada pentingnya kelestarian perniagaan yang berorientasikan sumbangan sosial serta mencadangkan kajian masa hadapan dengan saiz sampel yang lebih besar dan pendekatan kaedah campuran untuk analisis yang lebih komprehensif.
Kata kunci: Kelestarian, keusahawanan sosial, model perniagaan, kepimpinan transformasi, pemerkasaan komuniti
ABSTRACT
This study aims to examine the sustainability of social entrepreneurship at Adab Cafe and its role in empowering community entrepreneurs. The main challenges faced by Adab Grocer include a decline in demand for frozen products after the pandemic, financial problems, confusion about the concept of social enterprises, and ineffective marketing strategies. The objectives of the study are to understand the background of the products and services offered, analyze the characteristics of successful entrepreneurs, explore effective marketing strategies, and provide a model to enhance business sustainability. This study uses a qualitative method with structured interviews involving 12 regular customers and the Chief Executive Officer of Adab Cafe. The findings reveal that Adab Cafe successfully transformed from Adab Grocer to a cafe business model that meets market and community needs by adopting transformational leadership and the 4Ps marketing strategy. However, a key challenge is the confusion surrounding the concept of social enterprise, which impacts its social sustainability. The study suggests using the Business Model Canvas (BMC) to improve efforts to achieve Sustainable Development Goals (SDG). The implications of the study include enhancing marketing strategies and strengthening the relationship between Adab Cafe and community entrepreneurs to develop the local economy. This study contributes to the field of social entrepreneurship by emphasizing the importance of business sustainability with a social contribution orientation and suggests future research with a larger sample size and a mixed-methods approach for a more comprehensive analysis.
Keywords: Sustainability, social entrepreneurship, business model, transformational leadership, community empowerment