Pemikiran Generasi Z Terhadap Konsep Flora Berdasarkan Pantun: Sebuah Analisis Kognitif
Thoughts of Generation Z on the Concept of Flora Based on Pantun: A Cognitive Analysis
Abstract
ABSTRAK
Pantun merupakan warisan puisi Melayu yang kaya dengan lambang budaya dan unsur alam. Namun, perkembangan zaman dan pendedahan kepada budaya luar telah memberi kesan terhadap cara generasi muda menginterpretasi dan menggunakan flora dalam penciptaan pantun. Kajian ini bertujuan untuk meneliti konsep flora dalam pantun yang dihasilkan oleh Generasi Z dengan memberi tumpuan kepada analisis kognitif. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif serta kerangka teori semantik kognitif. Dengan menggunakan data pantun yang dihasilkan oleh Generasi Z yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mengikuti kelas LMCR 1142 (Akal Budi Melayu) bagi tahun 2018–2024. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep flora dalam kalangan generasi Z melalui pantun dan menganalisis jenis-jenis flora yang terdapat dalam pantun yang dicipta beteraskan teori semantik kognitif. Sebanyak 242 pantun dianalisis dan dapatan menunjukkan bahawa flora yang digunakan dalam pantun yang dicipta oleh Generasi Z bukan sahaja terdiri daripada bunga tradisional seperti Melati, Mawar dan Cempaka tetapi merangkumi tumbuhan moden seperti Sakura, Tulip dan seumpamanya. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan flora yang tidak termasuk di dalam kategori konsep flora. Selanjutnya, dapatan ini dianalisis menggunakan semantik kognitif, untuk menjelaskan bahawa konsep flora yang muncul tidak hanya terhad kepada pemahaman literal terhadap jenis tumbuhan tetapi mencerminkan gambaran mental mereka terhadap flora. Hasil kajian mendapati bahawa konsep flora yang digunakan tidak sepenuhnya memfokuskan kepada jenis-jenis bunga sahaja tetapi juga memperlihatkan hasil dapatan yang mencerminkan minda para pelajar terhadap konsep flora itu sendiri. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengembangan bidang semantik kognitif dan sastera Melayu.
Kata Kunci: Konsep flora, pantun, Generasi Z, linguistik, Semantik kognitif
ABSTRACT
Pantun is a traditional form of Malay poetry that is rich in cultural symbols and elements of nature. However, the passage of time and exposure to external cultures have influenced how the younger generation interprets and utilizes flora in the creation of pantun. This study aims to examine the conceptof flora in pantun composed by Generation Z, with a focus on cognitive analysis. A descriptive qualitative approach was employed, guided by the theoretical framework of cognitive semantics. The data consists of pantun produced by Generation Z students enrolled in the LMCR 1142 (Akal Budi Melayu) course at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) from 2018 to 2024. The objectives of the study are to identify the concept of flora among Generation Z through their pantun and to analyzed the types of flora found within these pantun based on cognitive semantics theory. A total of 242 pantun were analyzed and the findings reveal that the flora featured includes not only traditional flowers such as Melati, Mawar and Cempaka but also modern plants such as Sakura, Tulips and others. The study also uncovered the use of elements that do not conventionally within the category of flora. These findings were analyzed using cognitive semantics to demonstrate that the concept of flora extends beyond a literal understanding of plant types, reflecting the mental imaginary and cognitive perceptions of the students. The results show that the concept of flora employed is not limited to types of flowers but also illustrates the students’ mental representations of flora. Thus, this study is expected to contribute to the advancement of cognitive semantics and Malay literature.
Keywords: Flora concept, pantun, Generation Z, linguistics, cognitive semantics.