Konsep, Amalan Pengurusan Dan Pelaksanaan Kbat Di Kalangan Pentadbir Dari Sudut Persepsi Guru Di Sekolah Jajahan Kota Bharu.

  • Nabihah Mohd Nawi
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor

Abstract

ABSTRAK

 

Konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan pelajar dalam berfikir serta meningkatkan inovasi di dalam semua mata pelajaran yang di ketengahkan, di samping menambahbaik sistem untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar di dalam semua mata pelajaran, merupakan salah satu langkah pelaksanaan yang perlu dilakukan. Jika lihat kepada kajian Yee, et al. (2010) pelajar akan menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan kerja kursus, kerana beliau mengatakan pelajar pada masa kini jarang cenderung menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mencipta idea. Oleh itu, kajian ini di jalankan bertujuan untuk mengenalpasti konsep, amalan pengurusan serta pelaksanaan KBAT melalui persepsi guru terhadap pentadbir di sekolah jajahan Kota Bharu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Persampelan bagi kajian ini seramai 120 orang responden. Dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian (SPSS) dan di nilai berdasarkan min dan peratus. Hasil dapatan kajian menunjukkan  bahawa kefahaman konsep KBAT serta kreatif daninovasi  pentadbir berada pada tahap tinggi. Manakala, pelaksanaan dan pengurusan berada pada tahap sederhana. Implikasi dari kajian ini mendapati bahawa pentadbir perlu diberi pendedahan melalui kursus, bengkel dan latihan dalam perkhidmatan supaya dapat menggalakkan guru memberi penerapan KBAT kepada murid akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

 

Kata kunci: kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), konsep, amalan pengurusan, pelaksanaan, persepsi guru.

 

 

ABSTRACT

 

The concept of higher order thinking skills (HOTS) which established by the Ministry of Education in order to improve the understanding and knowledge of students in thinking and promote innovation in all subjects that are highlighted, while improving systems to improve student achievement in all subjects education, is a step in the implementation needs to be done. If you look at the study Yee, et al. (2010) students will encounter problems in completing coursework assignments, because students nowadays rarely tend to use higher order thinking skills in creating ideas. This study was to identify concepts, management practices and the implementation of HOTS through teachers' perception of school administrators in the district of Kota Bharu. This study used quantitative methods. Sampling for this study were 120 respondents. The findings were analyzed using software (SPSS) and in value based on the mean and percent. Results showed that the understanding of the concepts of creativity and innovation KBAT and administrators are at high level. Implementation and management at a moderate level. The implications of this study found that administrators need to be exposed through courses, workshops and in-service training to encourage teachers to give to students applying HOTS will be successfully implemented.

 

Keywords: higher order thinking skills (HOTS), the concept, practice management, implementation, teachers' perceptions.

Published
2018-03-30
How to Cite
Mohd Nawi, N., & Mohd Nor, M. Y. (2018, March 30). Konsep, Amalan Pengurusan Dan Pelaksanaan Kbat Di Kalangan Pentadbir Dari Sudut Persepsi Guru Di Sekolah Jajahan Kota Bharu. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/80