Permasalahan Pengacara Wanita Di Televisyen: Satu Kajian Dari Perspektif Dakwah Di Stesen TVRI Sulawesi Selatan

  • Muhammadiyah Yunus Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Siti Rugayah Tibek

Abstract

Televisyen merupakan salah satu media komunikasi yang baik, kerana selain dapat menyampaikan informasi juga mengandungi fungsi sebagai media pendidikan, media hiburan sekaligus sebagai penghubung sosial. Kehadiran televisyen saat ini sudah menjadi salah satu keperluan utama bagi kehidupan manusia moden, dan kini juga menjadi media dakwah yang cukup berkesan. Kajian ini membincangkan tentang permasalahan wanita yang tampil di televisyen sebagai sebahagian pekerja dalam industri televisyen. Penulis melakukan kajian melalui metod kepustakaan dengan membaca beberapa literatur serta metod pengamatan ataupun observasi selama penulis bertugas sebagai pengacara televisyen di stesen TVRI Sulawesi Selatan, di samping metod interview atau temu ramah dengan seorang responden iaitu: Dra. Nurdiyah, Koordinator Pengacara TVRI Sulawesi Selatan. Dalam kajian ini terdapat beberapa permasalahan seperti pengacara wanita di televisyen mendapat layanan yang tidak setaraf dengan lelaki atau permasalahan kesetaraan gender terutama dalam hal regulasi dan kod etika penyiaran dan kesedaran dalam menjalankan perintah agama bagi pengacara wanita muslim. Untuk itu perlu adanya peranan dari berbagai aspek sama ada peranan daripada Komisi Penyiaran Indonesia sebagai representasi daripada unsur kerajaan, peranan ulama dan tokoh masyarakat, peranan pengerusi stesen Televisyen Republik Indonesia serta peranan keluarga dan masyarakat awam. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan penglibatan wanita dalam industri penyiaran, mengenal pasti permasalahan pengacara wanita di televisyen dalam skop permasalahan tertentu, serta mencadangkan penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul melalui perspektif dakwah semoga dapat memberi manfaat bagi dunia ilmu pengetahuan.

References

Abdullah bin Wakil As-Syaikh. 2002. Salah Paham tentang Wanita. Penerbit Gema Insani Pers. Jakarta: Penerbit LP3Y Yogyakarta.

Abdullah, Muhammad. 2001. Segmentasi Gender dalam Fiqih Wanita Islam Tradisionla: Kajian Teks ‘Uqud Al-Lujjain Fi Huqquq Az-Zaujain. (Kasus di Pesantren ARIS Kaliwungu Kendal). Documentation. Fakultas Sastra. Diponegoro University, Institutional Repository e-mail:eprint@

Arkam, Liza Akmalia dan Retnaningsih. 2007. Interpersonal Communication Competency Differences between Men and Women Broadcasters. Jakarta: Gunadarma University. http://www.gunadarma.ac.id.

Ariefa Efianingrum dan Y. Ch. Nany Sutarini FIP.2008. Persepsi Masyarakatn terhadap Citra Perempuan dalam Iklan di Televisi. t.tp.

Daulay, Harmona. 2007. Perempuan dalam Kemelut Gender. Medan, Indonesia: USU Press, Art Design Publishing and printing.

Fadhlan. 2007. Islam, feminism, dan Konsep Kesetaraan Gender dalam Al-Quran. fadlanelhanif@gmail.com)

Khariri. 2009. Kesetaraan Gender dalam Perspektif Islam: Reinterpretasi fiqih wanita. Jurnal Studi Gender & Anak YINYANG. 4(1), 27-40. Pusat Studi Gender STAIN Purwokerto.

Mudaris, Hudan. 2009. Diskursus Kesetaraan Gender dalam perspektif Hukum Islam; menuju Relasi Laki-laki dan Perempuan yang Adil dan Setara. Jurnal Studi Gender & Anak YINYANG, 4(2), 27-40. Pusat Studi Gender STAIN Purwokerto.

Muhammad, Hasan Kiyai Haji. 2001. Fiqh Perempuan Refleksi Kiyai atas Wacana Agama dan Gender. Yogyakarta: PT. LKiS Pelangi Aksara.

Pane, Teddy Resmisari. 2011. 2004. Speak Out: Panduan Praktis dan Jitu memasuki Dunia Broadcasting dan Public Speaking. Jakarta.

Simanjuntak, Erlianti. 2011. Kemampuan Penyiar Berita Terhadap Citra LPP TVRI Medan (Studi Kualitatif tentang bagaimana Pengaruh Penyiar Berita terhadap Penyiar berita terhadap Citra LPP TVRI Medan). http://repository.usu.ac.id/handle/123456789/27843

Siregar, Ashadi. 2001. Menyingkap Media Penyiaran, Membaca Televisi Melihat Radio. Yogyakarta: Penerbit LP3Y.

Sudarta, Wayan. t.th. Konsep gender dan Pengarusutamaan Gender. Fakultas Pertanian Universitas Udayana.

Supriadi. 2011. Dampak Perubahan Organisasi Televisi Republik Indonesia Terhadap Kinerja Karyawan Dalam Hubungannya dengan Mutu Siaran TVRI Sulawesi Selatan.Makassar, Indonesia.

Yunus, Muhammadiyah. 2007. Jangan Terhipnotis Televisi. Makassar: Penerbit Komisi Penyiaran Indonesia.

Zulkiple Abdul Ghani. 2003. Islam Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Sdn. Bhd.

Published
2013-10-27
How to Cite
Yunus, M., & Tibek, S. R. (2013). Permasalahan Pengacara Wanita Di Televisyen: Satu Kajian Dari Perspektif Dakwah Di Stesen TVRI Sulawesi Selatan. Al-Hikmah, 4, 50-63. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/18
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)