TAHAP KEFAHAMAN, PENERIMAAN DAN INTEGRASI MUALAF CINA TERHADAP KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI SELANGOR

  • Syarul Azman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Razaleigh Muhamat@Kawangit Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Masyarakat di Malaysia masih terperangkap dengan sifat ‘assabiyah’ antara kaum akibat daripada polisi dan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British. Justeru, kajian tinjauan deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman, penerimaan dan integrasi golongan Mualaf Cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Soal selidik diedarkan kepada 408 MC di Negeri Selangor. Dapatan kajian telah mendapati nilai min bagi tahap kefahaman golongan Mualaf Cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu (min = 2.85) berada pada tahap yang sederhana. Di samping itu, nilai min bagi tahap penerimaan golongan MC terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor (min = 2.75) berada pada tahap sederhana. Manakala, min tahap integrasi golongan Mualaf Cina terhadap budaya masyarakat Melayu  (min = 2.80) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua tahap menunjukkan golongan Mualaf Cina memberi respons yang positif terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor.

Kata kunci: Tahap kefahaman, tahap penerimaan, tahap integrasi, mualaf cina, kebudayaan masyarakat Melayu

References

Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Selangor: UKM Bangi

Che Ku Shalihah bt. Che Ku Abdul Satar. 2004. Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita. Tesis B.A., Pengajian Islam. Johor Baharu: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Asin Dolah.1993. Konversi Agama: Pengertian dan Bentuknya. Isu-isu dalam Usuluddin dan Falsafah. Bangi: Penerbit UKM

Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah & Fariza Md Sham. 2009. Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim. Jurnal Hadhari.

Ranjit Singh Malhi. 2006. Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Sanusi Osman. 1986. Ikatan Etnik dan Ras di Malaysia. Bangi: UKM.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Universiti Teknologi MARA.

Yusuf al-Qaradawi. 2005. Fatawa Qaradawi. Selangor: Crescent News (KL) Sdn Bhd.

Zainab Ismail & Wan Ibrahim Wan Ahmad. 2009. Populasi Cina di Malaysia: Kepelbagaian Agama dan Penerimaan ke atas Cina Muslim. The Journal of Al-Hikmah.

Published
2014-09-08
How to Cite
Azman, S., & Muhamat@Kawangit, R. (2014). TAHAP KEFAHAMAN, PENERIMAAN DAN INTEGRASI MUALAF CINA TERHADAP KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI SELANGOR. Al-Hikmah, 6(1), 66-77. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/64
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)