TAHAP KEPUASAN MUALLAF TERHADAP PENGURUSAN KELAS BIMBINGAN AGAMA OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN (MAIK)
Abstract
Kelas bimbingan agama merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada golongan muallaf. Bimbingan agama yang tersusun dan sistematik akan dapat membantu golongan muallaf mengenali Islam yang sebenarnya seterusnya memudahkan mereka untuk melaksanakan ibadah dengan betul. Namun, masih terdapat terdapat dari kalangan muallaf yang telah lama memeluk Islam tetapi tidak dapat menunaikan solat dengan sempurna. Ada juga di kalangan mereka yang mudah goyah dan terjerumus ke dalam gejala murtad. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan muallaf terhadap kelas bimbingan agama yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan (survey research) melalui instrumen soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada 120 orang responden dari kalangan muallaf berdasarkan pensampelan mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan, peratus, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan tahap kepuasan muallaf terhadap kelas bimbingan agama ini mendapat nilai min yang sederhana iaitu nilai min=3.40 dengan sisihan piawai = 0.982. Justeru itu, terdapat beberapa ruang yang memerlukan penambahbaikan atau pertimbangan MAIK, antaranya ialah mengkaji semula kekerapan kelas yang diadakan. Selain itu, faktor perbezaan umur, tempoh pengislaman, tahap pendidikan, dan latar belakang bahasa ibunda juga wajar diteliti dalam mengatur kelas agar lebih berkesan dan membuahkan hasil.
References
Ahmad Munawwar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2018. Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ba'albaki, Rohi. 1996. Kamus al-Mawrid. Beirut: Dar al-’Ilm lil-Malayin.
Richard F. Gerson. 2004. Mengukur Kepuasan Pelanggan. Hesty Widningrum, Trans. Jakarta: Victory Jaya Abadi.
Azman Abd Rahman, Irwan M.S, Nuradli Ridzwan Shah MD, Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R., Rose Irnawaty Ibrahim & Norlina Ismail. 2015. Skim bantuan zakat asnaf mualaf: satu analisis kontemporari di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. Vol.6: 167-191.
Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid. 2013. Kajian berkaitan kepuasan responden terhadap program bantuan kepada muallaf di Selangor. Persidangan Antarabangsa Pembangunan Muallaf 2013, 55–66. Retrieved from http://www.ukm.my/hadhari/wp-content/uploads /2014 /09/ICMuD2013_Prosiding.pdf.
Anitha Rosland. 2016. Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Perbankan Islam : Kajian Ke Atas Pelanggan Bank-Bank Islam Di Kuching, Sarawak. Tesis PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Retrieved from http://studentsrepo.um.edu.my /7053/1/CS_n_SQ-Anitha_(IHA110074).pdf
Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Mariam Abd Majid, Syarul AZman Shaharuddin, Latifah Bibi Musafar
Hameed, Hanis Najwa Shaharuddin, & Nurfida'iy Salahuddin. 2017. Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor The Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4, 2, 227–235. http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files7/jsass_vol4bil2_025_yusofmarlon.pdf.
Nur Ira Hazirah binti Ab Halim. 2017. Persepsi saudara baru terhadap pembelajaran agama Islam di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah (PUSBA). Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Afifah Musameh & Hadi Munir @ Siti Aisyah A.Hadi. 2015. Isu Murtad Dalam kalangan Saudara Baru: Satu Kajian Di Negeri Selangor. Retrieved from https://www.academia. edu/10041784/Isu_Murtad_dalam_Kalangan_Saudara_Baru_1_Kajian_di_Selangor
Siti Adibah Abu Bakar & Siti Zubaidah Ismail. 2018. Pengurusan Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Journal Al-’Abqari, 16, Dis., 133–155. http://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.4
Siti Fathimatul Zahrah Yusri, & A Nur A’thiroh Masyaa’il Abdullah @ Tan Ai Pow. 2015. Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu Tinjauan Literatur. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. 1–17. Bangi, Selangor: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Retrieved from http://www.ukm.my/skim
Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin, & Nur A’thiroh Masyaa’il Abdullah @ Tan Ai Pow. 2018. Dakwah Kepada Saudara Baru di Kelantan. Fikiran Masyarakat, 6,3. 106–110. Retrieved from http://www.kemalapublisher.com/index.php/fm/article/view/326.
Copyright (c) 2019 Al-Hikmah
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.