Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu dalam Menjaras Ribut Menerusi Pendekatan Dakwah

Authors

  • Jumali Hj. Selamat

Abstract

ABSTRAK

 

Makalah ini menumpukan penganalisisan karya remaja yang melihat kehidupan manusia dan lingkungan sosialnya serta ketakwaannya kepada Allah. Analisis berdasarkan teks novel remaja yang berjudul Menjaras Ribut karya Darma Muhammad menerusi Pendekatan Dakwah. Pendekatan ini adalah kaedah yang digunakan bagi melihat perkembangan Islam dan wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan insan kepada Allah. Fokus kajian adalah persoalan yang berkaitan dengan penonjolan kebesaran Allah dan Islam. Hasil kajian mendapati persoalan agama seperti kebebasan beragama, penerapan nilai-nilai Islam, dakwah Islamiah dan kebenaran Islam terpancar dalam karya. Novel ini mampu menjadi alat untuk mengembangkan nilai Islam yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang membawa kebaikan kepada pembangunan manusia. Kajian juga mendapati fenomena remaja yang melibatkan hubungan sesama manusia dan dengan alam persekitarannya.

Kata kunci : teori, agama, dakwah, ketakwaan, remaja.

 

ABSTRACT

 

This article focuses on analysis of adolescence novel which look up on their life and social environment and also their piety to Allah. The analysis was based on Menjaras Ribut text written by Darma Mohamad through preaching approach. This approach is a method used to observe Islamic development and preaching values that closer to Allah. This study focused on issue to the relation almighty Allah and Islam. The result showed that religion issue such as religious freedom, indoctrinated Islamic value, Islamic preaching and Islamic truth in the novel. This novel can be used as a tool to develop Islamic values based on al-Quran and hadith which bring goodness and advancement. This result was also found adolescence phenomenon which involved the relationship among human and with their environment.

Key words : theory, religion, preaching, piety, adolescence

Downloads

How to Cite

Hj. Selamat, J. (2013). Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu dalam Menjaras Ribut Menerusi Pendekatan Dakwah. Jurnal Personalia Pelajar, (12). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/11

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)