Stres dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia
Abstract
ABSTRAK
Â
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap stres dan hubungannya dengan pencapaian akademik mahasiswa jurusan Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia. Seramai 219 mahasiswa terlibat sebagai responden kajian ini (nlelaki= 78; nperempuan=141). Responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu program dwi major (n=120) dan satu major (n=99). Tahap stres responden diukur menggunakan alat pengukuran yang diguna terima daripada The Student-Life Stres Inventory-SSI. Terdapat sebanyak lima kategori stres yang dikaji, iaitu: kekecewaan, tekanan, perubahan, emosi, dan tingkahlaku. Tahap pencapaian pelajar dianalisa berdasarkan pencapaian timbunan mata terkumpul (PNGK) pada semester terkini. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap stres yang sederhana (M=2.24; SD=0.540) dan pencapaian akademik di sekitar PNGK 3.49 dengan separuh daripada responden berada pada tahap PNGK 3.01 hingga 3.50. Secara umumnya, tahap stres tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Walau bagaimanapun, analisis berdasarkan kategori stres menunjukkan pencapaian akademik pelajar mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.05) dengan tahap kekecewaan (r=-0.176), tekanan (r=-0.149), dan emosi (r=0.166). Tahap stres berbeza mengikut jantina (t=17.731; p=0.05) dan jenis program yang diambil (t=1.251; p=0.05). Selain itu, analisis korelasi menunjukkan bahawa pelajar yang stres merupakan pelajar yang mengambil jumlah kursus (r=0.239; p=0.01) dan jumlah kredit yang lebih (r=0.255; p=0.01). Secara keseluruhannya didapati pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi adalah mereka yang mempunyai tahap stres yang rendah, dan sebaliknya. Antara program intervensi dan prevensi yang boleh dilaksanakan oleh pihak universiti termasuklah latihan atau kursus berkaitan peningkatan tahap kecekapan pengurusan emosi dalam menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa di universiti.
Kata kunci: stres, pencapaian akademik, pengurusan emosi, mahasiswa
Â
ABSTRACT
Â
This study seeks to identify the level of stress and its relationship to academic achievement of students majoring in Human Development at Universiti Putra Malaysia. A total of 219 students is involved as respondents of this study (nmale = 78; nfemale = 141). Respondents are divided into two groups, dual-major program (n = 120) and one major (n = 99). Respondents stress level measured using the measurement tools used to have received from The Student-Life Stress Inventory, SSI. There were five categories of stress are studied, namely: frustration, stress, change, emotions, and behavior. The level of student achievement is analyzed based on points accumulated piles of achievement (CGPA) in the current semester. Analysis results show that respondents have a moderate level of stress (M = 2.24; SD = 0540) and academic achievements close to a CGPA of 3.49 with half of the respondents are in their CGPA of 3.01 to 3.50. In general, the level of stress had no significant relationship with academic achievement. However, analysis based on the stress category shows the students’ academic achievement has a significant relationship (p <.05) with the level of frustration (r =-. 176), pressure (r =-. 149), and emotional (r =. 166). Stress levels vary by gender (t = 17 731; p = 0.05) and the type of program taken (t = 1251; p = 0.05). In addition, correlation analysis showed that student who stress is the number of students taking the course (r = 0239; p = 0.01) and the amount of credit (r = 0255; p = 0.01). In general, it can be concluded that students with high academic achievement are those with low stress level, and vice versa. Among the intervention program and prevention that can be implemented by the university is the training related to emotional efficiency management in the face of life as a student at the university.
Keywords : stress, academic achievement, emotional management, student