Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Tingkah Laku Seksual dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Authors

  • Siti Marhamah Kamarul Arifain
  • Khaidzir Hj Ismail
  • Hanina Halimatusaadiah Hamsan
  • Zaki Ibrahim

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor risiko dan pelindung yang mempengaruhi tingkah laku seksual pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga telah menggunakan enam soal selidik iaitu soal selidik kawalan kendiri, soal selidik Santa Clara Strength of Religious Faith Questionnaire, soal selidik faktor keluarga, soal selidik delikuensi rakan sebaya, soal selidik institusi pengajian dan soal selidik komuniti. Seterusnya pengkaji juga menggunakan reka bentuk tinjauan serta teknik persampelan terhadap pelajar IPTA di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan dua kaedah analisis iaitu kaedah analisis deskriptif dalam melihat bilangan pelajar yang pernah melakukan seks dan regresi logistik bagi analisis inferensi. Saiz sampel yang diambil bagi reka bentuk tinjauan adalah seramai 487 pelajar IPTA yang berumur 19 hingga 24 tahun. Hasil kajian bagi analisis deskriptif daripada 487 responden, didapati 28 orang pelajar mengaku pernah melakukan seks. Manakala, bagi hasil kajian analisis regresi logistik pula mendapati kedua-dua pembolehubah pengaruh keluarga tahap tinggi dan pengaruh rakan sebaya tahap tinggi merupakan peramal yang signifikan bagi perlakuan seksual berisiko responden. Pengaruh keluarga merupakan faktor pelindung manakala pengaruh rakan sebaya pula merupakan faktor risiko. Seterusnya pembolehubah lain iaitu kawalan kendiri, keagamaan, institusi pengajian dan komuniti tidak menjadi peramal yang signifikan terhadap tingkah laku seksual. Beberapa cadangan telah diberikan oleh pengkaji untuk membina program-program intervensi sama ada terhadap remaja atau belia mengikut peringkat umur yang sesuai.

Kata kunci: Faktor risiko dan faktor pelindung, tingkah laku seksual, analisis regresi logistik.

 

ABSTRACT

 

This study aims to identify risk and protective factors that influence students in Public Institution of Higher Education towards sexual behavior in Peninsular Malaysia. Six questionnaires namely Self-Control Questionnaire, Santa Clara Strength of Religious Faith Questionnaire, Family Factor Questionnaire, Peer Delinquency Questionnaire, Learning Institution Questionnaire and also Community Factor Questionnaire were used. This survey was designed with purposive sampling. Logistic regression analysis was used in this statistical method. This survey was carried out in Public Institution of Higher Education across Peninsular Malaysia with a total of 487 respondents aged between 19 to 24 years. The results finding for logistic regression analysis showed that both variables which a high level of family and peers influence are significant predictor of sexual behavior. Family influence is a protective factor while peer influence is a risky factor. Other variables such as self-control, religion, learning institution and community were not significant predictor of youth sexual behavior. Several recommendations were given such as future studies are expected to develop intervention programs either for teens and youths.

Keywords: Risk and protective factor, sexual behavior, logistic regression analysis.

Downloads

How to Cite

Kamarul Arifain, S. M., Hj Ismail, K., Hamsan, H. H., & Ibrahim, Z. (2013). Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Tingkah Laku Seksual dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Personalia Pelajar, (15). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/34

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)