Profil Personaliti Bakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM: Suatu Perbandingan Antara Lelaki dan Wanita

Authors

  • Khaidzir Hj Ismail
  • Khairil Anwar
  • Shaharuddin Ahmad
  • Jumali Hj. Selamat

Abstract

 ABSTRAK

 

Kajian ini cuba menganalisis profil personaliti pelajar yang mengikuti program kursus asas (N=165) yang membimbing mereka menjadi pemimpin pelajar masa hadapan. Kajian ini juga cuba membandingkan profil personaliti antara pelajar lelaki (N=103) dan pelajar wanita (N=62). Kajian ini menggunakan ujian personaliti 16PF. Hasil kajian menunjukkan terdapat 5 tret yang mengukur kepimpinan daripada 16 faktor personaliti iaitu tret berfikir berada pada sten 4 yang menunjukkan cara berfikir yang masih rendah dan didapati lelaki dan wanita pada sten yang sama; tret kestabilan emosi pada sten 5 yang menunjukkan tidak stabil dan didapati lelaki dan wanita juga pada sten yang sama; tret dominan pada sten 4 bagi perempuan dan sten 5 untuk lelaki dan ini menunjukkan lelaki lebih dominan dan tret kesedaran peraturan, lelaki pada sten 5 dan wanita pada sten 6 dan ini menunjukkan pelajar wanita lebih tinggi tahap kesedaran peraturan berbanding lelaki dan tret kepercayaan kendiri lelaki dan wanita sama-sama berada pada sten 4 yang menunjukkan kelebihan pada orientasi kelompok berbanding individu. Diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan asas pembinaan kecemerlangan kepimpinan pelajar untuk menuju ke arah yang lebih etik dan akademik.

Kata kunci : personaliti, profil, bakal calon,kepimpinan,dominan

 

ABSTRACT

 

This study attempts to analyse students pesonality profile who attend the basic course programme (N=165) that guide them to become future student leader. This study also attempts to compare personality profile between male (N=103) and female students (N=62). 16PF personality test was used on this study. The result showed that 5 trait of leadership measure from 16 personality factor that thinking trait is in stage 4 showing the thinking style still low and both male and female are in the same stage; emotional stabilized trait is show in stage 5 which not stable among the male and female; dominant trait is showed different stage 4 for the girl and stage 5 for the male and show they are more dominant; and regulation awareness trait, male in stage 4 and female in stage 6 are showed that female is higher in regulation awareness compare the male and self trust trait for male and female are same in the stage 4 meaning that more on group orientation proportionate the individual. Hopefully this research can be use for the basic creation of excellent student leadership to generate more ethnical and academic prone behavious.

Keywords : personality, profile, future candidate, leadership, dominant

Downloads

How to Cite

Hj Ismail, K., Anwar, K., Ahmad, S., & Hj. Selamat, J. (2013). Profil Personaliti Bakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM: Suatu Perbandingan Antara Lelaki dan Wanita. Jurnal Personalia Pelajar, (13). Retrieved from https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/16

Issue

Section

Full Research Article

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>