Khidmat Sosial Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW

  • Azyyati Mohd Nazim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fariza Md. Sham
  • Salasiah Hanin Hamjah

Abstract

Pada masa kini, penglibatan golongan wanita dalam masyarakat semakin maju dan terserlah dalam pelbagai aspek kehidupan dan dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa zaman moden. Walaupun banyak lakaran tentang jasa dan sumbangan wanita telah dibukukan, namun masih ada dalam golongan wanita tidak menjadikan dinamika khidmat sosial tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman Rasulullah s.aw sebagai contoh dan panduan dalam kehidupan.Khidmat sosial wanita pada zaman Rasulullah SAW merujuk kepada hubungannya dengan penjagaan komuniti sebagai contoh praktikal amalan kebajikan, kebaikan dan perkara makruf berdasarkan keperluan kumpulan komuniti dalam masyarakat. Ummahāt al-Mukminin dan para sahabat wanita merupakan contoh teladan yang terbaik untuk dijadikan inspirasi dan amalan kehidupan yang mulia dengan melakukan amal sambil berdakwah. Hasil kajian mendapati pada zaman Rasulullah SAW, setiap ahli masyarakat bergerak bebas dan berinteraksi di antara satu sama lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan dakwah, penternakan, pertanian, perniagaan, pengurusan, perawatan dan pendandan majlis hiburan untuk mencari jaminan rezeki yang halal. Malah setiap para sahabat wanita yang bekerja adalah untuk berkhidmat kepada kaumnya dan juga kepada ahli keluarga daripada kalangan ummahāt al-mukminin. Ini menggambarkan kepentingan kegiatan wanita dan peranannya yang bermanfaat dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab kepada masyarakat.

References

‘Abd al-Halim Abū Syuqqah. 1995. Tahrir al-Mar’ah fi ‘asr al-Risālah. Dār al-Qalam: Kūwayt.

‘Ali ‘Abd al-Halim Mahmūd. 1991. Al-Mar’ah al-Muslimah wa fiqh al-da’wah ila Allah. Dār al-Wafā’: Mansūrah.

‘Abd al-Karim Zaydan. 1993. Usūl al-Da’wah. Muassasah al-Risālah. Beyrūt.

‘Abd al-Hamid Hindāwiyy. T.th. Rijāl wa Nisā’ hawl al-Rasūl. al-Qāherah: Dār al-Da’wah al-Islamiyyah.

Ahmad Kamāl Ahmad. T.th. Manāhij al-khidmat al-Ijtimā’iyyah fi al-Mujtama’ al-Islamiyy. al-Qāherah: Maktabah al-Khanji.

‘Afāf Ibrahim al-Dibāgh. 1981. Al-Manzūr al-Islāmiyy li tafsir al-Mushkilāt al-Fardiyyah (Al-Khidmat al-Ijtimā’iyyah fi al-Islām). al-Qāherah: Dār al-Salām.

Al-Tabrani, Abu al-Qāsim Sulaymān bin Ahmad. t.th. al-Qaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah.

‘Ismah al-Din Karkar. 1993. Al-Mar’ah fi al-‘ahd al-Nabawiyy. Beyrūt: Dār al-Gharb al-Islamiyy.

Ihsan Muhammad ‘Ali. t.th. Al-‘amal al-Tatawwu’iyy min manzūr al-tarbiyyah al-Islamiyyah. al-Urdun: Dār al-Nafāis.

Mahmūd Mahdiyy & Mustafā Abū al-Nasr. 1992. Nisā’ Hawl al-Rasūl. Jeddah: Maktabah al-Sawādiyy.

Muhammad Amahzun. 2003. Manhaj al-Nabiyy fi al-Da’wah. al-Qāherah: Dār al-Salām

Majdiyy al-Sayid Ibrahim. 1988. Wasāyā al-Rasūl li al-Nisā’. al-Qāherah: Maktabah al-Qurān.

Muhammad al-Ghazāli. 1992. Qadāyā al-Mar’ah bayn al-Taqālid al-Rākidah wa al-Wāfidah. Al-Qāhirah: Dār al-Syurūq.

Sayid Muhammad ‘Alawiyy. 1991. Kasyf al-Ghummah. (terj.). Kuala Lumpur: Pustaka al-Mizan.

Published
2013-10-27
How to Cite
Mohd Nazim, A., Md. Sham, F., & Hamjah, S. H. (2013). Khidmat Sosial Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW. Al-Hikmah, 4, 37-49. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/17
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)