PROGRAM DAKWAH DALAM MEMANTAPKAN AKIDAH REMAJA OLEH INSTITUT PEMANTAPAN DAN PERKADERAN AKIDAH MALAYSIA (IPHAM)

  • Nor Azizah Mustapha Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fariza Md Sham Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Irdha Mokhtar Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Akidah, Dakwah, Remaja, IPHAM

Abstract

Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan institut kerajaan yang bertanggungjawab dalam aspek akidah di Malaysia. Institut ini menganjurkan program khusus kepada masyarakat Islam dalam usaha memantapkan akidah berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kursus dan latihan yang dianjurkan mempunyai objektif khusus dalam memantapkan akidah masyarakat. Artikel ini mengupas dan menganalisis program dakwah dalam memantapkan akidah remaja merangkumi kursus yang dilaksanakan kepada golongan sasaran dalam kalangan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kajian ini memfokuskan program di bawah Kluster Pemantapan dan Ilaj kerana sasaran peserta bagi kursus ini terdiri daripada golongan remaja. Dapatan kajian menunjukkan, pihak IPHAM telah banyak melaksanakan kursus terhadap golongan sasaran dalam kalangan remaja. Secara keseluruhannya, usaha dan inisiatif IPHAM membuahkan hasil apabila penglibatan golongan remaja dalam program anjurannya mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat pengajian. Terdapat empat program khusus dalam memantapkan akidah remaja iaitu kursus Pemantapan Akidah dan Pemikiran Islam, Kursus Pembangunan Sahsiah dan Pemantapan Akidah, Diskusi Isu-Isu Semasa Akidah dan Wacana Inteletual Akidah menurut Pendekatan Wasatiyyah: Ancaman Ideologi Semasa. Walaupun institusi kerajaan seperti IPHAM telah melaksanakan program dalam usaha memantapkan akidah remaja, komitmen dan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat seperti institusi kekeluargaan dan NGO perlu bekerjasama dalam melahirkan remaja yang mengikut acuan akidah Islam sebenar.

Author Biographies

Nor Azizah Mustapha, Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Fariza Md Sham, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahmad Irdha Mokhtar, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

References

Al-Quran al-Karim. 2013. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (30 Juz). kuala Lumpur: Darul Fikir.
Ahmad Munawar Ismail. 2012. Aqidah as a Basis of Social Tolerance: The Malaysian Experience. International Journal of Islamic Thought 1:1–7.
Ahmad Munawar Ismail, Mohd Yusof Hj. Othman & Jawiah Dakir. 2011. The Development of Human Behaviour: Islamic Approach. Jurnal Hadhari 3(32):103–16.
Ahmad Munawar Ismail, Wan Kamal Mujani & Ahmad Aiman Zuhaily. 2018. Methods of Da ’ wah and Social networks in Dealing with Liberalism and Extremism. Jurnal Islómiyyót 40(2):131–39.
Al-Fawzan, Saleh Ibn Fawzan Ibn Abdullah. 2012, Min Usul Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Jilid 2, al-Dar al-Baida'
Al-Zuhaily, Wahbah. 2011. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al- Shari‘ah Wa Al -Manhaj. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir.
Che Musa Che Hamat. Temu bual, 28 Mac 2017.
Fariza Md.Sham. 2005. Tekanan Emosi Remaja Islam. Jurnal Islamiyyat 27(1):3–23.
Fariza Md Sham & Azyyati Mohd Nazim. 2015. Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko: Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa. Jurnal Hadhari 7(72):63–73.

Hamka. 1984. Tafsir Al- Azhar. Indonesia: Yayasan Nurulislam.
Hall, Stanley G. 1911. II Adolescence: Its Psychology and Its Relations to Physiology, Anthro- Pology, Sociology, Sex, Crime, Religion, and Education. Volume 2. New York: D. Appleton and Company.
IPHAM 2016. Pelan Tindakan Strategik Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) 2016-2020.
Mohd Nizam Ibrahim. Temu bual pada 28 Oktober 2018.
Mohd Zamir Bahall Hasnan Kasan & Khairul Anwar Mastor. 2009. Majalah Hiburan: Aspek Membina dan Merosakkan dari Sudut Aqidah. Jurnal Penyelidikan Islam 22:205–24.
Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. 2010. Strategi, Kaedah dan Pelaksanaan Dakwah dalam Membina jati diri Kebangsaan. Dlm. Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 85–96.
Sayyid, Qutb. 2000. Tafs’ir F’i Zilal Al-Qur’an, Terj. Kota Bharu: Dian Darul Naim Sdn. Bhd
Siti Zubaidah Ismail. 2010. Menangani Ajaran Sesat di kalangan umat islam: perspektif undang-undang dan pentadbiran. Jurnal Syariah 18(2):247–76.
Ulwan, Abdullah Nasih. 1992. Tarbiyatul Awlad Fi Al-Islam. Jilid 1. Kaherah: Dar al-Salam li al-Thoba’ah wa al-Nashr.
Published
2019-12-31
How to Cite
Mustapha, N. A., Md Sham, F., & Mokhtar, A. I. (2019). PROGRAM DAKWAH DALAM MEMANTAPKAN AKIDAH REMAJA OLEH INSTITUT PEMANTAPAN DAN PERKADERAN AKIDAH MALAYSIA (IPHAM). Al-Hikmah, 11(2), 3-19. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/357

Most read articles by the same author(s)