PELAKSANAAN TARBIYAT AL-RUHIYAH DI BAHAGIAN DAKWAH, JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT)

Implementation of Tarbiyat al-Ruhiyah in The Da’wah Division, Terengganu Department of Religious Affairs (JHEAT)

  • Siti Nabilah Muhamad Fadli Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anuar Puteh Lecturer, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: tarbiyat al-ruhiyah, JHEAT, bahagian dakwah, akhlak

Abstract

Tarbiyat al-ruhiyah merupakan salah satu kaedah dakwah yang penting dan berkesan. Ia menekankan kepada aspek rohani. Tarbiyat al-ruhiyah perlu diterapkan dalam diri setiap insan lebih-lebih lagi yang bergelar pendakwah. bagaimanakah tarbiyat al-ruhiyah dilaksanakan di bahagian dakwah JHEAT? Secara spesifiknya, kajian ini mengkaji pelaksanaan tarbiyat al-ruhiyah dalam gerak kerja dakwah di bahagian dakwah JHEAT. Objektif kajian adalah untuk mengetahui konsep tarbiyat al-ruhiyah menurut perspektif Islam, untuk mengkaji pelaksanaan tarbiyat al-ruhiyah di bahagian dakwah JHEAT dan untuk mengutarakan cadangan penambahbaikan pelaksanaan tarbiyat al-ruhiyah di bahagian dakwah JHEAT. Kajian menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian perpustakaan serta temubual separa berstruktur. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa pelaksanaan tarbiyat al-ruhiyah terhadap pegawai-pegawai dan kakitangan JHEAT. Jenis pelaksanaan tarbiyat al-ruhiyah yang diterapkan di JHEAT adalah berbentuk pembentukan akhlak, pembentukan jati diri dan pembentukan kepimpinan. Hal ini dapat dikesan terutamanya melalui kursus-kursus dan seminar-seminar yang dianjurkan untuk pegawai-pegawai JHEAT bagi memantapkan lagi tarbiyat al-ruhiyah dalam diri mereka. Antaranya, kursus pemantapan rohani, kursus integriti, kursus kepimpinan dan kursus tafaqquh. Kajian seterusnya mendapati beberapa cabaran harus dihadapi pihak JHEAT di dalam melaksanakan tarbiyat al-ruhiyah. Justeru, pengkaji mencadangkan agar penerapan kesedaran dalam kalangan mereka dipergiatkan. Kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada kakitangan JHEAT, masyarakat umum dan para pendakwah di jalan Allah.

References

Al-Quran al-Karim dan Terjemahan. Al-Quran Darul Iman. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.

Abdul Nasih Ulwan. 1995. Ruhaniyatud-Da’iah: Tarbiah Ruhiah. (Terj.) Ajid Muslim, Jakarta, Penerbit Robbani Press.

Abdurahman Abdullah & Abdul Ghafar Don. 2018. Konsep Komitmen Dakwah Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM. Jurnal At-Tahkim 8(4): 1-8. http://attahkimjournal.com/wp-content/uploads/ABDURAHMAAN.pdf

Ali Abdul Halim Mahmud. 2000. al-Tarbiyyah ar-Ruhiyyah: Pendidikan Rohani. (Terj.) Abdul Hayyie al-Kattani dkk, Jakarta, Penerbit Gema Insani Press.

Ali Abdul Halim Mahmud. 2011. Perangkat-Perangkat Tarbiyah Ikhwanul Muslimin: Studi Analisis dan Historis/ Ali Abdul Halim Mahmud. (Terj.) Wahid Ahmadi, Fakhruddin Nursyam, Khozin Abu Faqih, edt. Fajri Muhammad, Anwar Abdulghani. Solo: Penerbit Era Adicitra Intermedia.

Fathi Yakan. 2007. Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah. (Terj.) Ustaz Abdul Ghani. Selangor: Pustaka Fajar.

Hafez Sabri. 2014. Tarbiyah Ruhiyah, Perak, Penerbit Media Haraki

Majdi al-Hilali. 2015. Al-Iman Awwalan Fa Kaifa Nabda Bihi; Di hati Kita Bermula. (Terj.) Adam Syafaat, Henri Shalahuddin, Ken Imam. Selangor: Penerbit Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd.

Musyirah Zulkarnain. 2014. Tarbiah Dzatiah. Selangor: Penerbit Iman Publications

Najih Ibrahim. 2009. Kepada Aktivis Muslim, h. 141, 181, t.t.

Nik Hasnah Ismail. 2015. Pendakwah Perlu Berilmu, Bukan Berasaskan Populariti. Diambil dari: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/102334/pendakwah-perlu-berilmu-bukan-berasaskan-populariti

Nur A’thiroh Masyaa’il binti Abdullah @ Tan Ai Pao, Zulaikha Farhana. 2015. Konsep Kepimpinan Pendakwah kepada Mualaf: Satu Kajian Awal. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh: Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.

Penerbit Aqwam Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Terengganu, Sejarah dan Perkembangannya Hingga Kini. 2014. disusun oleh Haji Umar Musa, Cetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd., Terengganu.

Rasyid, Muhammad Ahmad. 2015. Tadzkiratun Naqib. Jakarta, Penerbit Robbani Press.

Sa’id Hawwa. 1995. Mensucikan Jiwa: Konsep Tazkiyatun nafs Terpadu

Temubual bersama Zahiruddin Fahmi Ahmad Zakhi. 2019. Penolong Pesuruhjaya (Unit Penerbitan) Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Published
2022-06-30
How to Cite
Muhamad Fadli, S., & Puteh, A. (2022). PELAKSANAAN TARBIYAT AL-RUHIYAH DI BAHAGIAN DAKWAH, JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT). Al-Hikmah, 14(1), 70-83. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/482