Cabaran Dakwah Di Malaysia Sebelum Dan Selepas Merdeka

  • Abdul Ghafar Don Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Badlihisham Mohd. Nasir

Abstract

Dakwah Islamiah di Malaysia mempunyai asas sejarah yang unik. Penemuan beberapa bahan bukti seperti batu bersurat, batu nisan, dinar emas dan sebagainya adalah menunjukkan Islam telah bertapak ke Negara ini sejak sekian lama. Cara dan proses penyebaran dakwah melalui peranan para ahli sufi dan pedagang Muslim memperkukuhkan kedudukan Islam ke Negara ini. Di period sebelum kemerdekaan, proses perjalanan dakwah dan cabarannya tidaklah begitu kompleks namun terpaksa berhadapan dengan situasi yang agak kritikal, misalnya tercetusnya konflik Kaum Tua-Kaum Muda. Selepas kemerdekaan, cabaran dakwah menjadi lebih rencam, beragam dan lebih kritikal. Jumlah penduduk yang semakin bertambah lagi majmuk, masalah pendekatan, cabaran menangani masalah dalaman umat Islam, pertentangan dengan lain-lain ideology dan kepercayaan adalah antara cabaran yang mendepani dakwah di abad baru. Artikel ini cuba membincangkan isu-isu berkaitan cabaran dakwah di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.

References

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hall, D.G.E, 1961. A history of South East Asia. London: Oxford University Press.

Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu peranan dan pengaruh Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia perspektif, sejarah dan politik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Zulkiple Abd.Ghani dan Muhammad Faisal Ashaari. 2008. “Budaya popular dan pengaruhnya kepada generasi muda Islam”. Dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Belia. disunting oleh Abdul Ghafar Don. Kuala Lumpur: YADIM

Published
2012-10-01
How to Cite
Don, A. G., & Mohd. Nasir, B. (2012). Cabaran Dakwah Di Malaysia Sebelum Dan Selepas Merdeka. Al-Hikmah, 4, 15-22. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/15
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)