KAUNSELING ONLINE DALAM DUNIA TERHUBUNG

  • Zainab Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kaunseling online dalam dunia terhubung adalah idea dan amalan baharu dalam proses hubungan membantu daripada kaunselor kepada klien melalui kemudahan internet. Kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang membantu menyediakan keselesaan kepada klien yang berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan intervensi dengan segera, tetapi terhalang oleh lokasi geografi yang jauh, masa yang kritikal serta pelbagai halangan lain.  Pada asasnya kaunseling online ini memberikan pilihan kepada klien untuk memilih sesi kaunseling sama ada melalui e-mel atau modaliti chat seperti whatsApp, telegram, facebook atau telefon. Kaunseling online ini dilakukan tanpa bersemuka seperti dalam teknik kaunseling konvensional. Dari segi fungsi, kaunseling online adalah suatu perkhidmatan kaunseling yang dapat diberikan kepada klien dengan segera tanpa hubungan secara bersemuka. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan konsep, fungsi dan perlaksanaan kaunseling online dalam dunia terhubung. Data untuk makalah ini dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kaunseling online sangat penting kerana ia dapat memberi ruang yang kondusif kepada klien dan membantu klien mencari jalan keluar dengan segera daripada masalah yang dihadapi. Dari segi perlaksanaan, kaunseling online adalah menggunakan amalan baharu secara maya. Secara keseluruhan, kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang relevan dengan kepesatan pembangunan negara dalam dunia terhubung dan berfungsi sebagai satu teknik kaunseling hikmah (wisdom counseling).

Author Biography

Zainab Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia

Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan

References

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan. 2000. Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor Malaysia & International Law Book Services.

American Psychological Association. 2017. What you need to know before choosing online therapy. www.apa.org.helpcenteronline-therapy [9 Oktober 2017].

Amir Awang. 2007.Proses kaunseling yang sistematik dalam menangani kes-kes psikologi di Sekolah Menengah. Kompilasi Kertas Kerja Seminar Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2007, hlm. 1-14.

Aniz Hj. Anwar, Hjh. 2017. Klinik Success Aniz Anwar – Kelebihan menjalani sesi kaunseling secara online. http://www.anizanwar.com/kelebihan-menjalani-sesi-kaunseling-Secara-online. [1 November 2017].

Aris Kasan. 2010. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling sektor awam diperkasakan melalui HRMIS. Buletin HRMIS. (2) Mei-Ogos, hlm. 1-3.

Australian Counselling Association. t.th. Guidelines for online counselling and psychotherapy. www.theaca.net.au [9 Oktober 2017].

Cottle, W.C. & Downie, N. M. 1970. Preparation for counseling. New Jersey: Prentice Hall.

Hassan Langgulung. 1990. Kaunseling dalam masyarakat Islam. Kertas kerja Seminar Kaunseling dalam Masyarakat Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, 25-26 September.

Kaunseling online JKM. 2017a. http:// ejkm. jkm. gov. My / eJKM / usermanual / document / eJKMFasaII_MANUAL_KAUNSELING_ ONLINE .pdf. [10 Oktober 2017].

Kaunseling online JKM. 2017b. https://online.jkm.gov.my/.../santapan-minda1. [10 Oktober 2017].

Kaunseling online USM – mula 2002; http://web.usm.my/education/kaunseling/index.htm. [10 Oktober 2017].

Mohd Nor Mamat. 2000. Era Maklumat dari Perspektif Islam. Pemikir Jan-Mac: 15-26.

Muhd. Mansur Abdullah. 1993. Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Panayotopoulou, L., Vakola, M. & Galanaki, E. 2007. E-HR adoption and the role of HRM: Evidence from Greece. Personnel Review. 36 (2): 277-294.

Stone, S. C. & Shertzer, B. 1972. Careers in counseling and guidance. Boston: Hughton Mifflin Company.

Zahran, Hamid Abd al-Salam, 2002. al-Tawjih wa al-Irshad al-Nafsi. Cetakan Ketiga. ‘Alam al-Kutub: al-Qahirah.

Zaida Nor Zainudin & Lily Mastura Hj Harun. 2006. Perhubungan menolong secara maya: Satu penelitian. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Kaunseling 2006. Lembaga Kaunselor Malaysia, Hotel Legend, Kuala Lumpur, 15-16 Disember.

Zainab Ismail. 2016. Praktikum Bimbingan dan Kaunseling: Satu Pengalaman dan Panduan Kepada Kaunselor. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Published
2018-12-31
How to Cite
Ismail, Z. (2018). KAUNSELING ONLINE DALAM DUNIA TERHUBUNG. Al-Hikmah, 10(2), 86-94. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/336

Most read articles by the same author(s)