Populasi Cina di Malaysia : Kepelbagaian Agama dan Penerimaan ke atas Cina Muslim

  • Zainab Ismail Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Ibrahim W Ahmad

Abstract

Populasi Cina adalah satu populasi yang unik. Antara keunikan yang menonjol dalam populasi Cina ialah wujudnya kepelbagaian dari segi dialek dan agama. Tujuan makalah ini adalah untuk menganalisis populasi Cina di Malaysia, kepelbagaian agama yang dianuti oleh mereka, dan bagaimana penerimaan mereka terhadap ahli yang menganut agama Islam. Data yang dikumpul dalam makalah ini ialah data sekunder yang diperolehi daripada bahan dokumentasi. Data dianalisis secara deskriptif. Hasilnya makalah ini mendapati populasi Cina adalah satu komponen penting dalam struktur demografi Malaysia. Mereka merupakan satu populasi yang mempunyai jumlah yang besar dan membentuk kira-kira lebih separuh etnik Melayu di Malaysia. Bagaimanapun dari segi geografi, taburan mereka adalah tidak sekata. Mereka menganut pelbagai agama. Kebanyakan mereka menganut agama Buddhisme, Konfusianisme, Taoisme atau agama Tradisi. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang menganut agama Kristian atau Islam, dan terdapat juga yang tidak menganut apa-apa agama. Dari segi penerimaan  mereka mempunyai tahap toleransi beragama yang tinggi. Mereka boleh hidup dalam satu keluarga yang berlainan agaam, di bawah satu bumbung dengan aman damai tanpa perasaan syak wasangka di antara satu sama lain.

References

Al-Qur’an al-Karim. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an. 1988. Terj. Abdullah Basmeih. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri.

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. 1995. Laporan Am Banci Penduduk 1991. Jilid I. Kuala Lumpur : Jabatan Perangkaan Malaysia.

Cheu Hock Tong. 1994. Ying-Yang dalam Sistem Kepercayaan Orang Cina. Jurnal Antropologi dan Sosiologi, 21 : 79-89.

Othman bin Mohd. Yatim. 1980. Sejarah Pembuatan Seramik China Untuk Penganut-Penganut Agaam Islam. Dlm. Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia.

Hamdan Hassan. 1980. Pertalian Pemikiran Islam Malaysia-Aceh. Dlm. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia.

Sidang Pengarang ILBS. 1992. Malaysia Kita. Kuala Lumpur : International Law Books Services.

Tengku Anuar. 1991. Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Ting Chew Peh. 1980.Komuniti Cina di Semenanjung Malaysia : Kepelbagaian, Pertubuhan dan Stratifikasi. Jurnal Antropologi dan Sosiologi, 8 87-104.

Wan Ibrahim Wan Ahmad & Wan Salihin Wong Abdullah. 2002. Keadaan Geografi Negeri Terengganu. Dlm. Warisan Terengganu. Awang Koding et al. (pnyt.). Kuala Terengganu : Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.

Zainab Ismail. 1986. Badan-badan Dakwah dan Peribadi Generasi Muda Kini di Malaysia Barat. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Published
2009-01-08
How to Cite
Ismail, Z., & W Ahmad, W. I. (2009). Populasi Cina di Malaysia : Kepelbagaian Agama dan Penerimaan ke atas Cina Muslim. Al-Hikmah, 1, 125-142. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/50
Section
Articles