PENDEKATAN PENGUKUHAN PERSONALITI BAPA DALAM KALANGAN PESERTA DI LPPKN

  • Izzah Nur Aida Zur Raffar
  • Salasiah Hanin Hamjah

Abstract

Bapa sebagai ketua dalam keluarga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada isteri dan anak-anak. Namun, ada dalam kalangan bapa masa kini yang tidak menunjukkan ciri personaliti yang baik sebagai seorang bapa seperti panas baran, mendera, merogol, membunuh, tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan sebagainya. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pendekatan pengukuhan personaliti bapa yang diamalkan oleh peserta bapa di LPPKN. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 60 orang responden dalam kalangan bapa telah dipilih secara rawak berlapis di LPPKN. Data melalui borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati peserta bapa mengamalkan pendekatan seperti mendalami ilmu agama dan mengamalkannya, muhasabah diri, berazam tinggi untuk menjadi bapa yang baik, tazkiyah al-Nafs, mendapatkan sokongan sosial daripada isteri, pengaruh rakan dan persekitan (al-bi’ah) yang baik serta penyertaan dalam program keibubapaan untuk mengukuhkan personaliti kebapaan. Implikasi kajian dapat membantu bapa memperkukuh personaliti baik dalam membina kesejahteraan keluarga dan masyarakat Islam umumnya. Kajian ini juga dapat memberi input dan sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.

Kata Kunci: pendekatan, pengukuhan, personalit, bapa, perspektif Islam 

References

Al-Quran.

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. 2011. Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1): 35-44.

Abdul Aziz Ismail. 2013. Indahnya Akhlak Warisan Rasulullah. Kuala Lumpur: Power Press & Design.

Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali. 2008. Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi di Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Abdul Qadir. t.t. Akhlak yang Murni. Johor: Perniagaan Jahabersa

Adnan Hasan Shalih Baharits. 1991. Mas’uliyah abi a-Muslim fi Tarbiyyah Walad fi Marhalah al-Tufulah. Jeddah: Darul Mustama

Ahmad Farid. 2002. Penawar & Penyucian Jiwa. Kuala Lumpur: al-Falah Publications

Ahmad Hanbal, H. A. 2001. Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal, J.15. Muassasah al-Risalah, Beirut, Lebanon.

Alan, J. Hawkins & Jay Belsky. 1989. The Role of Father Involvement in Personality Change in Men across the Transition to Parenthood. National Council on Family Relations 38 (4): 378-384.

Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud & Abd. Aziz Mahyuddin. 2010. Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): 9-17.

Amru Khalid. 2013. Semulia Akhlak Nabi. Solo: Aqwam Syarikat Penerbit Islam

Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak dan Adab Islam, Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bahari. 2010. Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap Tingkah Laku. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan

Azizi Yahya. 2010. Keluarga Dalam Pembentukan Moral. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.

al-Bukhari, I. A. 1992. Sahih al-Bukhari. Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lebanon.

Fawwaz Hasbullah. 2015. Pendekatan Program dan Modul LPPKN Kepada Bapa, Kuala Lumpur. Temu bual, 15 Januari.

Fizwani M. Sarkawi, Suhana Sarmadan, Mohamed Sharif Mustaffa & Sulaiman Shakib Mohd Noor. 2008. Mengenal pasti punca-punca dan Kaedah Menangani Tingkahlaku Sumbang Muhram. Kertas kerja Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru.

al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad Bin Ahmad. 2000. Ihya’ cUlum al-Din. Kaherah: Dar al Taqwa li al-Turath.

Ghazali Darusalam. 2003. Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub. 2006. Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hamidah Ab. Rahman. 2008. Faktor Penyumbang Kepada Masalah Keluarga Tunggal dan Perceraian: Kajian Kes di Johor Darul Takzim. Dlm. Hamidah Ab. Rahman (pnyt.). Isu-isu Sosial. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Heman Elia. 2000. Peran Ayah Dalam Mendidik Anak. Veritas: Jurnal Teologi dan Pelayanan (1): 105-113.

Ibn Kathir, Abu Fida Ismail. 2008. Tafsir Ibnu Kathir. Terj: Abdul Ghoffar. Jakarta: Pustaka Imam Syafi’i

Ibn Majah, Y. A. 1998. Sunan Ibn Majah. Dar al-Hadis, Kaherah, Mesir.

Johari Alias. 1997. Asas Pendidikan Akhlaq. Kuala Lumpur: Darul Nu’man

Kasim, M. S., Cheah, I. & Shafie, H. M. 1995. Childhood death from physical abuse. Child Abuse & Neglect 19: 847-854.

Khuzaimah, Z. 2001. Pengaruh Sikap dan Cara Gaya Kebapaan Terhadap Salah Laku Remaja Melayu Bersekolah. Disertasi Sarjana. Universiti Putera Malaysia, Selangor, Malaysia.

Miskawayh. 1966. Tadhib al-Akhlaq. Beirut: American Universiti of Beirut.

Mohamad Rizuan bin Abdullah. 2013. Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibu Bapa Dengan Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Sarjana. Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Nasir Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Hafiz Nawawi. 2014. Teropong Jenayah. Metro Ahad, 7 September.

al-Muqaddam, Muhammad Ahmad Ismail. 2008. Kaedah & Panduan Menggapai Cita-Cita. Terj. Abu Vida Al-Anshari. Selangor: Pustaka Dini

Mustafa Masyhur. 2010. Bekalan dalam Jalan Dakwah. Terj. Abdul Hakam B. Jaafar. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn. Bhd.

Noremy Md. Akhir. 2011. Faktor Penderaan Fizikal Kanak-kanak di Kalangan Ibu Bapa Melayu di Negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia. 2013. Konflik Rumah Tangga. Kuala Lumpur

al-Qardhawi, Yusuf. 1926. Al-Sabr fi al-Quran. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Qutb, S. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Terj. Yusoff Zaky Yacob. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Baharu, Kelantan, Malaysia.

Raihanah Azahari, Bahiyah Ahmad, Asmak Rahman. 2012. Penentuan Kadar Kifayah dan Maruf Nafkah Anak dan Isteri: Kajian terhadap penghakiman Mahkamah Syariah. Jurnal Syariah 1: 59-66.

Ratna Roshida & Nik Haslinda. 2007. Peranan institusi keluarga dalam penjanaan bangsa bertamadun. Jurnal Kemanusiaan 9:73-82.

Razali Saaran. 2010. Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.

Rozumah Baharudin & Nazli @Nazlina Maliki. 1999. Kebapaan Dan Pencapaian Akademik Kanak-Kanak Bandar Dan Luar Bandar. Jurnal Pendidik dan Pendidik, (16): 61-83). Serdang: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia

Salasiah Hanin Hamjah. 2008. Pendekatan Dakwah al-Irsyad al-Nafsiyy menurut al-Ghazali: Kajian di PK MAINS. Tesis Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Suzana Mohd Hoesni & Zaizul Abdul Rahman. 2012. Kajian Kes Inses Bapa-Anak Perempuan: Memahami Pengalaman Dari Perspektif Mangsa. Journal of Social Sciences and Humanities 7(1): 46-58.

Sekaran, U. 2003. Research Methods for Business: A Skill Building Approach. Singapore: John Wiley & Sons.

Siti Azielah Wahi. 2014. Bapa Didakwa Bunuh Anak, Cedera Anak. Sinar Harian, 7 Februari

Spera, C. 2006. Adolescents’ Perceptions of Parental Goals, Practices and Styles in Relation to their Motivation and Achievement. Journal of early Adolescence 26(4): 450-490

al-Sya’rawi, Muhammad Mutawalli. 2007. al-Sirah al-Nabawiyyah. Terj. Muhammad Zuhirsyan & Hasanuddin Dollah. Selangor: Jasmin Enterprise.

Taylor, L.C., Clayton, J.D. & Rowley, S.J. 2004. Academic Socialization: Understanding Parental Influences on Childrens School-Related Development in the Early Years. Review of General Psychology 8(3): 163-178.

al-Tharairah, Muhammad Mahmud Ahmad. 2008. al-Ahkam al-Khasah bi al-Alaqah baina al-Aba’ wa al-Abna’. Urdun: Dar al-Nafais.

Turner, E.A., Chandler, M. & Heffer, R.W. 2009. The Influence of Parenting Styles, Achievement Motivation and Self Efficacy on Academic Performance in College Students. Journal of College Student Development 50(3): 337-346.

Wahl, K. & Metzner, C. 2012. Parental Influences on the Prevalence and Development of Child Aggressiveness. Journal of Child and Family Studies 21(2): 344-355.

Wan Hamzah Awang al-Haj. 2007. Mendidik Anak Mengikut Sunnah. Kuala Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Zakiyah Jamaluddin & Ismail Kiprawi. 2004. Ikatan Dan Kawalan Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Delinkuens. Universiti Utara Malaysia: Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2010. Sistem kekeluargaan dalam Islam. Bangi: Darul Syakir Enterprise.

Published
2016-07-31
How to Cite
Zur Raffar, I. N. A., & Hamjah, S. H. (2016). PENDEKATAN PENGUKUHAN PERSONALITI BAPA DALAM KALANGAN PESERTA DI LPPKN. Al-Hikmah, 8(1), 69-84. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/185
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)