SENARIO PENDIDIKAN ISLAM DAN HALA TUJUNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

  • Zainab Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Ibrahim Wan Ahmad
  • Salasiah Hanin Hamjah
  • Rosmawati Mohamad Rasit
  • Hasanah Abd. Khafidz
  • Muhamad Faisal Ashaari
Keywords: Pendidikan Islam, Hala tuju Pendidikan Islam, Sistem Pendidikan Malaysia, Sekolah agama, Masyarakat pelbagai budaya

Abstract

Peningkatan permintaan masyarakat Muslim untuk menempatkan anak mereka di sekolah agama telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan program pendaftaran Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan. Masyarakat Muslim menyakini Pendidikan Islam mempunyai keupayaan untuk membangun anak-anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagaimanapun, hingga kini, setiap sekolah dikehendaki melaporkan bilangan pelajar yang terlibat dalam kes salah laku yang merangkumi kes ringan seperti kelewatan hadir ke sekolah hingga kes serius seperti jenayah.  Oleh itu, makalah ini merupakan kajian konsep yang bertujuan untuk mengkaji hala tuju Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini meninjau literatur berkaitan sejarah Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia dan hala tujunya dalam tempoh 2013-2025. Data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian menunjukkan hala tuju Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan generasi yang berpegang kuat nilai-nilai dan kepercayaan agama walaupun mereka berada dalam masyarakat pelbagai budaya. Untuk mencapai hala tuju Pendidikan Islam, guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan utama sebagai pendidik di sekolah dan di rumah.

 

Author Biography

Zainab Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti

Published
2019-12-31
How to Cite
Ismail, Z., Wan Ahmad, W. I., Hamjah, S. H., Mohamad Rasit, R., Abd. Khafidz, H., & Ashaari, M. F. (2019). SENARIO PENDIDIKAN ISLAM DAN HALA TUJUNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA. Al-Hikmah, 11(2), 37-53. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/382