HUBUNGAN PAS DENGAN NON-MUSLIM DALAM PERSAINGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA 1951-2020

  • Muhamad Faisal Ashaari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Syuhada Roslan Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zulkefli Aini Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malay
Keywords: Tahaluf siyasi, PAS, politik Islam

Abstract

Perjuangan parti politik yang tertumpu kepada sesuatu agama dan bangsa sahaja boleh menjejaskan sokongan dalam pilihanraya kerana perjuangan politik kebiasaannya melibatkan kepentingan semua pihak. Sangat penting bagi parti politik menjaga kepentingan semua pihak khususnya dalam sesebuah masyarakat majmuk kerana sokongan akan diberikan kepada parti yang akan menjaga kepentingan agama dan bangsa mereka. Inilah dilema yang dihadapi oleh PAS dalam persaingan politik di Malaysia antara memperoleh sokongan politik dan tanggungjawab membawa mesej Islam kepada masyarakat. Namun, PAS konsisten memperjuangkan politik Islam di Malaysia sejak penubuhannya 1951 hingga 2020. Bagi menganalisis pendekatan politik PAS kepada non-Muslim, artikel ini membahagikan kepada tiga bentuk pendekatan. Pertama, tafahum iaitu mendekati dan memahami; Kedua, Ta’awun iaitu tolong menolong dan bekerjasama; Ketiga, Tahaluf iaitu pakatan politik. Artikel ini membincangkan tiga pendekatan di atas dengan membahagikan tempoh dari 1950an hingga 2020 kepada empat fasa. Fasa pertama ialah fasa permulaan iaitu fasa berhadapan dengan perkauman yang menebal dalam kalangan masyarakat. Fasa kedua ialah fasa tafahum ketika PAS berada dalam kerajaan campuran dan penubuhan Chinese Consultative Council (CCC). Fasa ketiga ialah fasa Tahaluf apabila dapat menubuhkan Kelab Penyokong PAS dan membentuk Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) dengan DAP. Fasa keempat ialah fasa tafahum dan Ta’awun apabila dapat menerima non-Muslim sebagai ahli bersekutu dan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Pada tiga dekad yang pertama, PAS berhadapan dengan cabaran perkauman yang menebal dalam kalangan masyarakat termasuk dalam PAS sendiri. Seterusnya, PAS berhadapan dengan cabaran menterjemahkan nilai Islam dalam interaksi politik dengan non-Muslim.

References

Al-Quran.

Ab. Aziz Mohd Zin. 1999. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Abdul Hadi Awang. 2011. Konsep Asas Negara Berkebajikan. Kuala Lumpur: Lajnah Penerbitan Dewan Ulama Pas pusat.

Abdul Hadi Awang. 2018. Pembentangan Kertas Kerja Konsep Ta’awun Siyasi (Kerjasama Politik). Bangi: Liqa’ Fikri

Abdul Hadi Awang. 2019. Islam Memimpin Perpaduan. Ucapan Dasar Presiden PAS Sempena Muktamar kali ke 65.

Abdul Halim bin Ramli Mohammad Redzuan Othman Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus. 2017. Reaksi Pas

Terhadap Laporan Suruhanjaya Reid Dan Islam Sebagai Agama Persekutuan Dalam Pembentukan Perlembagaan Merdeka. Jurnal Sejarah 20: 167-194.

Abdull Rahman Mahmood, Kamaruddin Hj Salleh, Ahmad Sunawari Long, Faudzinaim Badaruddin. 2009. Penerimaan Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi di Malaysia. Jurnal Hadhari 2: 33-51.

Abu Bakar Hamzah. 1992. Parti PAS dengan Tahaluf Siyasi nya. Kuala Lumpur: Media Cendekiawan.

Ahmad Boestamam. 1972. Burhanuddin, Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Kejora.

Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir. 2015. Dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui politik: Kajian Terhadap Persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Seri Petaling, Kuala Lumpur. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2011. A Critical Appraisal of Parti Islam Semalaysia’s (Pas) Opposition-Based Struggle for An Islamic State (Until 2008). Media Syariah 13(1): 49-71.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2008. The Islamic Opposition in Malaysia : New Trajectories and Directions? (PDF), Singapore: S Rajaratnam School of International Studies.

Amaluddin Darus. 1969. Mengenal Perjuangan. Kelantan: PAS Cawangan Kota Bharu.

Asmak Husin dan Mohd Fadhli Ghani. 2019. Dakwah Parti Islam Semalaysia (PAS) Dalam Masyarakat Majmuk. Seminar Serantau Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk. Hotel Putra, Kuala Lumpur, 19 Oktober.

Azahar Yaakub. 2007. PAS dan Negara Islam: Satu Penilaian Strategi. Kuala Lumpur: Harakah.

Badlihisham Mohd Nasir. 1999. The Politico-da’wah Approaches of Pan-Malaysian Islamic Party (PAS): A Historical Review. Jebat 26: 27-39.

Daeng Sanusi. 2010. Peranan PAS dalam demokrasi. Temubual, 10 April.

Diab, R. 2018. Legal-Political Rhetoric, Human Rights, and the Constitution of Medina. Rhetorica: A Journal of the History of Rhetoric 36(3): 219-243.

Dzulkefli Ahmad. 2014. Wacana Peranan Muslim Demokrat [3/3]. https://www.youtube.com/watch?v=plUBZwPbo-M&feature=emb_logo [15 November 2020]

Farish A. Noor. 2014. The Malaysian Islamic Party 1951-2013: Islamism in a Mottled Nation. Amsterdam: Amsterdam University Press.

Farish A. Noor. 2003. Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization of the Political Discourse of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) from 1982 Onwards. Contemporary Southeast Asia: A Journal of International and Strategic Affairs 25(2): 200-232.

al-Ghadban, Munir Muhammad. 1997. Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawiyyah. Al-Urdun: Maktabah al-Mannar.

Ibn Hisham, Abi Muhammad cAbd al-Malik. 1999. Al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Tahqiq. Mustafa Saqa,

Ibrahim al-cAbyari & ‘Abd al-Hafiz Shalbi. Jilid 1-4. Cetakan pertama. Saudi cArabia: Dar al-Mughni li al-Nashr wa al-Tawzic.

Ilonszki, G. & De Giorgi, E. 2018. Introduction, in E. De Giorgi e G. Ilonszki. Opposition parties in European legislatures. Conflict or consensus? London: Routledge.

Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori & Muhammad Hazim Abdul Ghani. 2020. Prestasi Dan Penerimaan Pengundi Terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Di Wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. e-Bangi 17(4): 60-77.

Liow, Joseph Chinyong. 2011. Islamist Ambitions, Political Change, And The Price Of Power: Recent Success And Challenges For The Pan-Malaysian Islamic Party, PAS. Journal of Islamic Studies 22(3): 374-403.

Meredith L. Weiss. 2004. The Changing Shape of Islamic Politics in Malaysia. Journal of East Asian Studies 4(1): 139-173

Mohammad Tawfik Yaakub & Osman Md Rasip. 2017. Impak Kerjasama Politik Umno-Pas Terhadap Perkembangan Islam Di Malaysia Dari Tahun 1973 Hingga 1978. Sains Insani 2: 12-16.

Mohd Fadli Ghani. 2016. Sejarah PAS Memahami Jiwa Merdeka. Kuala Lumpur: Harakah.

Mohd Izani Mohd Zain. 2017. Parti Islam Semalaysia (Pas). Dalam Kerjasama Politik di Malaysia, 1999-2015. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Izani Mohd Zain. 2018. Improving Relations between Islamists and Non-Muslims in Malaysia: The Case of Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). International Journal of West Asian Studies 10(1): 35-45.

Mohd Syakir Mohd Rosdi. 2016. Pemikiran Tahaluf Siyasi Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Negara. Sains Humanika 8(2): 19–25.

Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria. 2015. Pasca Islamisme dalam PAS: Analisis Terhadap Kesan Tahalluf Siyasi. International Journal of Islamic Thought 8: 52-60.

Nakhaie Ahmad. 1986a. Islam Mengatur Masyarakat Majmuk, dalam PAS dengan Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS Pusat.

Nakhaie Ahmad. 1986b. Mengapa Non-Muslim Harus Didekati, dalam PAS Dengan Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS Pusat.

Nadirsah Hawari. 2019. Tahâluf Siyâsi Dalam Praktik Politik Partai Islam di Indonesia. MIQOT 43(2): 222-238.

Nazri Muslim, Faridah Jalil, Abdul Aziz Bari Mansor Mohd Noor and Khairul Anwar Mastor. 2011. Tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan 18: 105-125.

al-Qaradawi, Yusuf. 1983. Thaqafah al-Da’iyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Saliha Hassan. 2003. Islamic non-governmental organisations. In Social Movements in Malaysia (pp. 108-125). New York: Routledge.

Steiner, K. 2018. Malaysia at the crossroads? The never-ending discourse between Islam, law, and politics. Journal of Religious and Political Practice 4(3): 256-277.

Surtahman Kastin Hasan. 2008. Kerjasama Ekonomi Umat Islam Potensi dan Cabaran. Cetakan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Saiful Wan Jan. 2018. Islamism in Malaysian Politics: The Splintering of the Islamic Party of Malaysia (PAS) and the Spread of Progressive Ideas. Islam and Civilisational Renewal Journal 9(4):128-53.

Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia: Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Zabidin Haji Ismail 2015. Pemikiran Dan Perjuangan Politik: Dr Burhanuddin Al-Helmi. Jurnal Peradaban Melayu 10: 53-75.

Published
2020-12-06
How to Cite
Ashaari, M. F., Roslan, N. S., & Aini, Z. (2020). HUBUNGAN PAS DENGAN NON-MUSLIM DALAM PERSAINGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA 1951-2020. Al-Hikmah, 12(2), 93-114. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/419